Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda hari ini? di harapkan agar anda berada dalam keadaaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang.
Untuk pengetahuan anda semua, saya berjinak-jinak dalam bidang perniagaan internet ini sejak tahun 2007. Ketika itu tidak banyak panduan-panduan perniagaan internet seperti hari ini. Cuma saya di dedahkan dengan perniagaan internet melalui buku dari team saifulsham. Dari buku team saifulsham, saya mengenali satu ruangan forum iaitu Forum WangCyber.
Dari situ saya banyak belajar dan memperolehi banyak informasi seperti panduan nama domain, hosting dan sebagainya. Di situ juga tempat berkumpulnya otai-otai dalam perniagaan internet yang bersedia memberi tunjuk ajar. Di situ juga tempat untuk menawarkan khidmat atau mencari kerja. Kerja di sini bermaksud jika anda merupakan seorang designer, di forum wang cyber adalah tempat untuk anda mencari pendapatan tambahan.
Ini bermakna, forum wangcyber merupakan one stop centre untuk penggiat, usahawan dan freelancer internet. Ada yang menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan hanya mengiklankan khidmat mereka di sana. Tetapi forum ini bukan tempat untuk seorang SPAMMER, jika anda seorang SPAMMER, anda hanya membuang masa sahaja jika cuba untuk menipu forumer di sana. Ini adalah di sebabkan forum wangcyber juga menjadi tempat rujukan mengenai skim-skim cepat kaya internet. Jika ada skim-skim cepat kaya terbaru, pasti akan di perbincangkan di sana.MAka, moderator atau usahawan yang berpengalaman akan memberikan ulasan mengenai skim tersebut.
Kesimpulannya, Forum Wangcyber merupakan Universiti Internet Di Malaysia. Di sini anda boleh belajar dari asas kerana forum ini telah wujud semenjak dari tahun 2005 lagi. Di sini anda akan belajar banyak jenis atau model perniagaan yang terdapat di internet. Nasihat saya, jika anda baru bermula dan ingin mempelajari selok belok perniagaan internet, sila mendaftar dengan Forum ini. Pendaftaran adalah percuma tidak perlu bayar.
Untuk mendaftar sila klik pautan di bawah:
Ikhlas,
![]()
PS: Di sana anda akan berjumpa dengan username hexagold. Itulah saya:)

{ 2 comments… read them below or add one }
betul tuh, saya setuju. forum wangcyber banyak bantu IM-IM local untuk bermula. termasuklah saya. banyak jasa WC nih. hehe. antara forum yang betul2 anti-program buat duit berbentuk labu peram, ponzi, skim piramid dsb.
Selain itu, tempat ini juga bakal jadi warrior forum versi Malaysia iaitu tempat segala IM local melepak serta memasarkan produk.Ada yang menjadi ribuan ringgit dengan mengiklankan produk mereka disini.