Terkini: Perkembangan Terbaru Dan Arah Tuju Blog Ini.

by admin on June 5, 2011

Jika anda baru mengunjungi blog ini,Anda mungkin mahu subscribe Newsletter Saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? di harapkan agar berada dalam keadaan sihat walafiat. Nampaknya blog ini sudah berhabuk di sana sini. Memandangkan beberapa bulan kebelakangan ini saya sibuk dengan urusan dunia yang tiada kesudahan.

Secara ringkasnya, saya akan mula menulis dalam blog ini, tetapi bukan dengan artikel seperti format sebelum ini, saya akan menulis mengenai apa aktiviti pemasaran internet yang saya sedang jalankan dan hasil yang di perolehi.

Selepas ini saya akan lebih telus dalam membuat artikel mengenai aktiviti perniagaan internet yang saya sedangkan jalankan. Apa yang berlaku kepada saya dalam 3 bulan ini? selain sibuk dengan kerja outstation, saya juga kehilangan motivasi untuk meneruskan aktiviti perniagaan internet.

Setelah membaca beberapa buku motivasi dan membaca blog-blog di luar sana mengembalikan semangat saya untuk bermula daripada zero, dan saya akan fokus pada satu-satu projek. Projek yang saya sedang jalankan adalah niche site untuk saya monetize dengan adsense untuk permulaan.

Segala artikel dalam halaman web ini di tulis oleh freelancer dan kemungkinan siap dalam minggu depan. Selain itu juga saya telah menggunakan autoresponder yang baru iaitu IMNICAMAIL.

Dengan autoresponder baru ini, saya akan kembali menggunakan pemasaran email tetapi dengan pendekatan yang berbeza dari sebelum ini. Apa pendekatannya? nantikan artikel-artikel saya selepas ini.

Untuk artikel dalam blog ini, saya akan menulis tanpa mengira waktu, oleh itu kepada mereka yang tidak mahu selalu melawat blog ini di syorkan agar mendaftar dengan newsletter agar segala artikel terkini akan sampai di email anda.

Secara ringkasnya apa yang saya buat setakat ini adalah:

1) Membuat niche site untuk Adsense dan produk fizikal

2) Membuat pemasaran email untuk perniagaan yang sedia ada dan untuk projek yang akan datang.

Ikhlas,

SocialTwist Tell-a-Friend

Leave a Comment

Previous post:

Next post: