“Teknik” SPAM Dalam Pemasaran Email.

Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!

Hari ini, terdapat pelbagai jenis strategi pemasaran dalam dunia perniagaan. Pemilik perniagaan pula semakin kreatif dalam mempromosikan perniagaan mereka ditambah lagi dengan kemajuan teknologi. penyebaran maklumat tentang kewujudan produk dan servis anda kepada orang ramai sekarang ini adalah jauh lebih mudah disebabkan oleh Internet.

Salah satu cara untuk berkomunikasi di Internet adalah melalui emel. Anda boleh menghantar apa-apa sahaja kepada sesiapa pun melalui emel. Syarikat atau pemilik perniagaan menggunakan alat pemasaran ini untuk menyebarkan maklumat tentang produk atau servis mereka kepada seberapa ramai pengguna Internet yang termampu.

Dari situlah munculnya pemasaran emel secara pukal (bulk email).Saya sendiri sehingga kini masih lagi menerima email-email spam dan memang saya tak buka langsung, hanya di bakulsampahkan keruangan SPAM. Pemasaran emel pukal boleh mempunyai pengertian yang berbeza-beza. Ada orang yang merujuknya sebagai satu cabang pemasaran – mass marketing, direct marketing atau opt-in list untuk sesebuah produk atau sesuatu servis kepada lebih dari seorang prospek melalui emel. Ini adalah dari perspektif pemilik perniagaan merangkap penghantar emel promosi.

Bagaimanapun, kebanyakan orang (yang menerima emel promosi) merujuk pemasaran emel itu sebagai SPAM. Perkataan SPAM telah digunakan secara meluas untuk merujuk kepada emel-emel yang tidak dijemput atau dikehendaki oleh si penerima. Untuk pemasaran emel pukal, SPAM merujuk kepada emel sampah.

Emel-emel komersial mempunyai manfaat tertentu kepada penghantar dan penerimanya. Bagaimanapun, banyak syarikat atau penghantar emel yang menyalahgunakannya. Boleh dikatakan semua emel komersial sekarang ini dilabelkan sebagai spam walaupun ianya mengandungi maklumat yang sah dan berguna.

Inilah sebabnya kenapa pemasaran emel pukal boleh membahayakan bisnes anda. Satu sahaja emel dari anda dianggap spam maka semua alamat emel perniagaan anda akan disekat oleh penyedia perkhidmatan emel seperti Yahoo!, AOL dan MSN. Lebih teruk lagi, laman web anda ada kemungkinan akan disekat oleh enjin carian atau dibuang terus oleh penyedia web hosting anda.

Majoriti ISP, host-host dan enjin carian begitu memusuhi emel-emel spam. Spammers(orang yang menghantar email pukal) telah menyebabkan para pengguna mereka berada dalam kesusahan dan merugikan bandwidth mereka. Itulah sebabnya kenapa mereka begitu tegas dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki spammers.

Berdasarkan maklumat ini, maka ada baiknya anda berfikir dua kali sebelum menghantar emel secara pukal kepada orang ramai. Mungkin anda boleh membeli senarai emel dari pihak-pihak tertentu yang menjanjikan kepada anda pulangan yang lumayan hasil dari menghantar emel promosi kepada list tersebut. Tetapi fikirkannya sekali lagi. Mungkin pihak-pihak tertentu ini mempunyai niat untuk mengebas wang anda? Siapa tahu.

Lebih baik anda cari jalan lain untuk mempromosikan produk atau servis anda. Anda boleh melakukannya berdasarkan konsep pemasaran emel pukal tetapi ada perbezaannya. Anda hanya menghantar emel-emel komersial anda kepada mereka yang sudah bergelar pelanggan anda atau yang sudah mendaftar dengan neesletter anda.Dengan erti kata lain di beri kebenaran untuk menghantar email.

Anda boleh hasilkan emel follow-up, kemudian masukkan maklumat atau promosi tentang produk anda yang lain yang mana mereka mungkin mempunyai minat terhadapnya. Setelah itu anda boleh meminta mereka mendapatkan referral yang juga berminat terhadap produk anda tersebut. Dengan ini promosi anda akan lebih selamat dan sah. Jika ada di antara mereka yang menuduh anda melakukan spam, anda boleh membuktikan mereka salah dengan menunjukkan bukti-bukti yang anda dan mereka mempunyai hubungan sebagai peniaga dan pelanggan. Bukti-bukti tersebut boleh jadi dalam bentuk resit pembelian atau emel dari mereka.

Jika anda baru memulakan bisnes dan belum mempunyai database pelanggan, anda boleh gunakan cara selain dari menghantar emel pukal untuk mengiklankan bisnes anda itu. Jika tidak anda ada kemungkinan kehilangan bisnes yang baru sahaja ingin dijalankan.

Terdapat banyak cara untuk mempromosikan produk atau servis anda di Internet. Anda perlu kretif dan imaginatif. Pemasaran dan pengiklanan adalah antara faktor kegagalan sesebuah perniagaan. Pastikan anda menonjolkan bisnes anda dengan profesional, sekali sahaja anda dianggap melakukan spam, maka masa depan bisnes anda akan gelap selamanya.

Miliki Panduan Emel di sini:

www.teknikautoresponder.com/emel

Dalam panduan ini, anda akan di ajar cara beretika untuk memasarkan produk anda melalui email.

Ikhlas,

SocialTwist Tell-a-Friend

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sekali lagi saudara Rahman Basri kembali beraksi dengan produk terbaru beliau iaitu Panduan Emel. Sebenarnya saya sudah mendapatkan panduan tersebut dari saudara Rahman Basri. Untuk makluman anda, Rahmana Basri adalah merupakan top affiliate bagi beberapa pelancaran produk sebelum ini. Semuanya di lakukan melalui teknik yang akan di ajar dalam panduan ini.

Dalam panduan email, anda akan mendapat panduan-panduan berikut:

Teknik Copy & Paste pakar Affiliate.

Dalam modul ini, anda akan di ajar bagaimana membuat email follow up yang membunuh tanpa perlu berfikir secara teruk.Hanya copy paste sahaja daripada pakar-pakar. Bagaimana ? semuanya akan terjawab dalam modul ini.

Rahsia Pakar Facebook Mengumpul List

Dalam modul ini, anda akan di ajar bagaimana mengumpul list melalui facebook. Ini bukan melalui iklan di facebook ye :) . Hanya melalui profile facebook anda.Dalam erti kata lain, facebook anda boleh berfungsi sebagai medium pengiklanan bagi produk anda.

Rahsia Bina Senarai Emel Dengan Pantas.

Dalam modul ini, anda akan di ajar bagaimana membina senarai emel dengan pantas. Rahman Basri bermula pada tahun 2009, tetapi pada tahun ini, beliau mampu menjadi top affiliate bagi beberapa produk. Rahsianya senarai email yang beliau miliki. Sehingga ini beliau memiliki beribu-ribu list dalam beberapa akaun autoresponder.Semuanya diterangkan dalam modul ini.

Rahsia Pemasaran Email

Dalam Panduan ini, saudara Rahman Basri akan menerangkan apakah rahsia yang di gunakan oleh pakar usahawan internet untuk memujuk subscriber supaya membeli produk mereka atau produk yang di syorkan oleh mereka.

Sememangnya banyak produk mengenai pemasaran email yang telah dilancarkan baru-baru ini, tetapi produk dari saudara Rahman Basri adalah lain dari yang lain.

Untuk keterangan lanjut mengenai Rahsia pemasaran emel yang di gunakan oleh saudara Rahman Basri, sila lawati halaman web di bawah:

www.PanduanEmel.com.

Ikhlas,

PS: Jika anda membeli panduan tersebut melalui link saya, saya akan memasang script di mana halaman web anda akan memaparkan offer terbaik apabila pelawat meninggalkan halaman web anda. Contohnya seperti blog ini.Sebelum membeli sila clear cookies pada web browser anda.

SocialTwist Tell-a-Friend

Minat Yang Menghasilkan Pendapatan.

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Adakah anda mempunyai hobi atau sesuatu yang anda paling minati? Jika begitu mungkin anda boleh menghasilkan pendapatan.

Luangkan sedikit masa berfikir tentang J.K. Rowling. Atau fikir tentang Roger Ebert. Atau fikir tentang Donald Trump. Atau fikir tentang Paul Greengrass. Inilah orang-orang yang amat kaya. Tetapi apa yang buatkan mereka kaya? Mereka menjadi kaya bukan melalui perkara yang mereka tidak suka buat – mereka kaya melalui perkara yang mereka benar-benar suka buat, perkara yang mereka fikir ia memang wujud untuk diri mereka.

J. K. Rowling mempunyai minat menulis sejak dia kecil. Dia mula menulis semasa dia masih seorang budak. Meskipun pelbagai kepayahan dalam hidupnya, dia tidak putus asa. Dia terus menulis bila-bila masa dia boleh. Dengan dua anak dalam tanggungan, wanita ini menjelmakan fenomena fiksyen dalam generasi kita – Harry Potter. Semasa dia membuat Harry Potter, pernahkah dia fikir dia boleh jadi lebih kaya daripada Permaisuri? Tidak pernah sama sekali. Dia sekadar menulis. Dia berikan lubang kepada minatnya. Yang lain hanya berlaku.

Mungkin tiada cinematophile yang gilakan filem seperti Roger Ebert. Dia menulis ulasan filem yang boleh dikatakan untuk setiap filem yang diterbitkan. Lihatlah bagaimana dia menukarkan minatnya terhadap filem kepada kerjaya? Ulasan filemnya adalah paling tinggi hadiahnya dan dia dibayar dengan banyak kerana menonton filem dan menulis hasil pemerhatian tentang filem tersebut!

Perlukah seseorang bercakap apa-apa tentang Donald Trump? Perniagaan ialah kehandalannya, minatnya. Dan dia tidak boleh dihentikan. Apabila dia ada satu urusniaga berjalan, dia melabur ke dalam urusniaga lain. Dia juga tiada masa untuk berhenti dan fikir tentang wang. Dia cuma berikan lubang kepada minat semulajadinya, membenarkan minat itu mempamerkan dirinya sendiri dalam apa-apa cara yang ia mahu.

Paul Greengrass dikenali sebagai salah seorang pengarah yang paling baru mendapat kuasa di Hollywood hari ini. Cara pengarahannya pernah dikritik sebelum ini, terutamanya kegemarannya menggunakan shaky camera moves (pergerakan kamera bergoyang), tetapi adakah dia ‘membengkokkan’ caranya untuk menyenangkan hati diktator tadi? Tidak, tidak! Dan apa yang dia dapat? Siri The Bourne! Dan filemnya menjadi kegilaan. Tidak lupa juga, dia telah menjadi sangat kaya.

Kejar minat anda. Jangan pedulikan ejekan. Adakah anda mahir tentang sesuatu, sangat mahir yang anda rasa ia mampu memberikan anda wang? Jadi jangan ragu-ragu lagi. Anda memang memilikinya dalam diri anda untuk buat duit daripadanya.

Oleh itu, fikirkan semula apakah minat anda? jika anda minat menulis, banyak peluang untuk buat duit di internet dengan menulis baik di Malaysia dan antarabangsa apatah lagi. Jika anda mempunyai minat yang merupakan “problem solver” atau penyelesai masalah, ia merupakan satu kelebihan untuk anda buat duit dari internet.

Apa-apa pun fikirkan minat anda, anda boleh tulis mengenai minat anda dalam ruangan komen di bawah. Saya akan memberikan idea untuk anda membuat duit di internet.

ikhlas,

SocialTwist Tell-a-Friend
 Page 1 of 8  1  2  3  4  5 » ...  Last »