Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda hari ini? Di harap agar berada dalam situasi yang menyenangkan. Artikel hari ini pendek sahaja. Adakah anda menambah blog pada halaman web jualan anda? kajian mendapati bahawa ranking halaman web jualan anda akan naik jika anda menambah blog pada halaman web jualan.
Saya mempunyai halaman web jualan berbentuk minisite, halaman web jualan ini berada pada page 2 dalam beberapa bulan dan tidak mendapat pelawat dalam beberapa ketika. Selepas itu saya menambah blog wordpress bagi minisite tersebut dan mula menulis artikel berkaitan dengan kata kunci yang saya kehendaki dan saya membuat “anchor text” kata kunci tersebut dan di pautkan ke minisite saya.Hasilnya minisite saya berada pada page 1 bersama dengan blog untuk kata kunci tertentu.
Oleh itu jika anda membuat satu halaman web jualan, jangan lupa untuk membuat blog pada halaman tersebut, tulis beberapa artikel berkaitan kata kunci yang dikehendaki, buat “anchor text” dan pautkan ke halaman web jualan anda. Cubalah:)
Untuk pengetahuan anda Google amat menggemari blog dan blog begitu mudah di index. Kini saya tidak perlu terlalu kerap untuk menulis di blog kerana minisite dan blog saya berada pada ranking 1 dan 2 untuk kata kunci tertentu.Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa kata kunci yang ingin anda gunakan untuk menaikan ranking mempunyai jumlah carian yang mencukupi. Tidak guna untuk menaikkan ranking bagi kata kunci yang tidak mempunyai jumlah carian yang menggalakkan.
Akhir kata, Kajian kata kunci adalah segalanya.Noktah.
Di bawah saya tunjukkan langkah demi langkah bagaimana anda boleh membuka akaun hosting hostgator dengan hanya 1 sen pada bulan pertama.
Langkah 1
klik banner di bawah supaya anda di bawa ke halaman web hostgator
Langkah 2
Klik pada view webhosting plan
Langkah 3
Pilih baby plan
Langkah 4
Daftar nama domain anda, sama ada anda mempunyai domain sendiri atau belum.( nasihat saya, beli domain secara berasingan. Saya akan jelaskan dengan lebih detail pada artikel akan datang).Kemudian masukkan kod kupon “jury”.
Pastikan pakej hosting yang anda langgan.
Langkah 5
Pembayaran boleh di buat menggunakan paypal atau kad kredit..Selepas itu anda boleh review pendaftaran anda. Pastikan “total due” adalah $0.01.Jika semuanya ok, tekan “create account”.
Diharap agar panduan ini memberikan anda idea bagaimana untuk mendaftar akaun hosting anda dengan hostgator.Pada artikel akan datang, saya akan memberikan panduan bagaimana mendaftar dengan hosting tempatan pula.
Apa khabar pengunjung blog ini? di harap agar menjalani kehidupan dengan penuh ceria kerana ceria dapat mengelakkan penyakit. Dalam proses membina sebuah halaman web, terdapat tiga elemen penting yang terlibat. Elemen tersebut adalah:
i. Nama Domain
ii. Hosting
iii.Template halaman web.
Tanpa ketiga-tiga elemen tersebut, halaman web anda tidak akan berada di internet. Hari ini saya akan bercerita mengenai panduan untuk membeli hosting. Hosting adalah tapak bagi halaman web. Tanpa tapak, halaman web tidak boleh beroperasi. Di internet, terdapat banyak syarikat -syarikat penyedia hosting baik di dalam negara atau luar negara. Yang mana satukah lebih baik? Sewaktu saya membuat website saya yang pertama, saya telah menjalankan kajian di forum wangcyber, bertanya dan membuka thread mengenai hosting yang baik.
Akhirnya saya mendapat 3 syarikat penyedia hosting yang di senarai pendekkan. Saya menghubungi ketiga-tiga penyedia hosting tersebut dan melihat pihak mana yang memeberikan maklum balas dengan segera. Akhirnya syarikat webhosting yang bernama Netkl adalah yang terpantas memberikan maklum balas. Saya teliti pakej mereka, tidak terlalu mahal dengan spesifikasi yang saya ingini. Akhirnya saya memilih Netkl sebagai penyedia hosting saya bagi pasaran Malaysia sehingga lah sekarang. Saya memperolehi sokongan yang pantas dari mereka.Sehingga kini saya tidak mengalami masalah yang besar terhadap perkhidmatan mereka.
Begitu juga, baru-baru ini, saya ingin mencuba pula pasaran antarabangsa, saya keliru untuk memilih webhosting yang mana satu. Oleh itu, saya membuat kajian di forum antarabangsa, pelbagai syarikat penyedia hosting yang disenarai pendekkan. Saya juga menggunakan teknik yang sama, menghubungi khidmat sokongan mereka dan memilih yang terpantas dalam memberikan maklum balas. Akhirnya saya memilih Hostgator kerana ia juga di syorkan oleh ramai usahawan internet antarabangsa
Kesimpulannya, sekarang ini saya mempunyai dua penyedia hosting iaitu Netkl dan Hostgator. Kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan internet dan mencari penyedia hosting, boleh lah mencuba perkhidmatan kedua-dua syarikat ini. Sekian dahulu buat kali ini,kita berjumpa lagi pada artikel yang akan datang