Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? di harap berada dalam keadaan sihat sejahtera di hujung minggu ini.

Pada artikel yang lepas, saya ada memberitahu mengenai pembelian 2 buah software iaitu Virtual Smart Agent dan ExitSplash. Pada hari ini, saya akan berkongsi dengan anda mengenai statistik yang telah diperolehi setelah menggunakan software tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Virtual Smart Agent adalah sejenis skrip yang digunakan dalam halaman web jualan untuk berinteraksi dengan bakal pelanggan apabila pelanggan ingin berear dari halaman web anda. Dengan software ini, anda boleh melakukan bermacam -macam seperti menawarkan diskaun, mendapatkan leads dan berinteraksi dengan pelanggan supaya anda dapat mengetahui kemahuan pelanggan anda.

Di sini, saya ingin menunjukkan kepada anda statistik yang diperolehi hasil penggunaan software tersebut. Dibawah adalah gambarajah statistik yang diperolehi dari control panel software tersebut:

vsa

Kajian ini digunakan ke atas salah atu halaman web saya yang menjual produk fizikal. Dalam kajian ini, saya menggunakan Virtual Smart Agent untuk memberi diskaun istimewa.

Dalam gambarajah di atas, saya telah memasang Virtual Smart Agent ini pada 21/10/2009. Ini bermakna, statistik ini adalah 4 hari dari tarikh sofware ini di pasang. Dari gambarajah di atas, di dapati bahawa halaman web ini telah mendapat:

1) 82 view

2) 61 chat initiated bermaksud 61 kali pengunjung membenarkan Virtual Smart Agent berinteraksi dengan mereka.

3) 6 Chat interaction bermaksud 6 pengunjung berinteraksi dengan Virtual smart Agent

4)11 Clickthrough bermaksud 11pengunjung telah mengklik kepada pautan yang mengandungi tawran diskaun istimewa.

5)10 sales bermaksud 10 jualan telah di hasilkan.

Software ini amat jarang digunakan oleh IM Malaysia, tetapiĀ  bagi IM mat Saleh software ini adalah kemestian kepada mereka. Oleh itu, amat berbaloi untuk anda yang serius dalam menjalankan perniagaan internet.

Artikel ini bukanlah sebuah artikel yang berbentuk Sales Pitch tetapi merupakan satu panduan mengenai software yang berguna untuk perniagaan internet anda. Jika anda ingin melihat bagaimana script ini berfungsi, sila klik putan di bawah.

www.rahsialangsing.com

Salam sukses,

SocialTwist Tell-a-FriendVirtual Smart Agent: Hasil Setelah Menggunakannya.

Assalammulaikum,

Apa khabar anda hari ini? diharap agar anda berada dalam keadaan sihat walafiat. Kebelakangan ini, saya begitu sibuk dengan hari raya, masalah peribadi , kerja di pejabat dan sebagainya.Di sebabkan itulah, blog ini jarang di kemaskini.

Walaupun begitu, saya akan memastikan blog ini tidak terbiar begitu sahaja. Baru-baru ini, saya ada membeli beberapa produk daripada IM mat saleh, mengenai list building. Saya sekarang ini akan menumpukan perhatian kepada membina list, baik di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Saya mesti mengoptimakan sistem autoresponder yang saya bayar bulsn-bulan. Saya membeli panduan sistem panduan membina list daripada Jeff Dendrik iaitu seorang yang pakar dalam membina list. Saya akan kongsikan perkembangan saya dari semasa kesemasa perkembangan list saya.

Selain itu juga saya ada membuat pembelian 2 jenis software yang agak top jugaklah di pasaran antarabangsa. Kedua-dua sofware tersebut adalah dari Dave Guindon iaitu:

Exitsplash
Virtual smart Agent

Kedua-dua software tersebut merupakan pelaburan terbaik saya. Dengan software tersebut, saya telah terfikirkan beberapa projek yang akan menggunakan kedua-dua software tersebut. Saya telah menggunakan Virtual Smart Agent ke atas salah satu halaman web saya iaitu www.rahsialangsing.com. Jika anda ingin melihat bagaimana hasilnya, dipersilakan untuk kehalaman web tersebut.

Sekian sahaja buat kali ini, saya akan menulis mengenai hasil yang diperolehi menggunakan sofware tersebut di artikel yang akan datang.

SocialTwist Tell-a-FriendPembelian Terbaru Saya:Exitsplash Dan Virtual Smart Agent