List Building: Autoresponder Traffic Wave

Jika anda baru mengunjungi blog ini,Anda mungkin mahu subscribe Newsletter Saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!

mailing-list

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Apa khabar anda semua hari ini? di harap agar anda sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Hari ini saya akan menulis artikel bagi menerangkan bagaimana autoresponder ini berfungsi. Ini adalah di sebabkan saya mendapat email, kalau dah beli autoresponder, lepas tu buat apa?

Terkejut jugak saya, maksudnya beliau tidak betul-betul faham bagaimana autoresponder ini berfungsi. Pernahkah anda pergi kemana-mana event atau pameran? contohnya seperti pameran hiasan dalaman dan rekabentuk. Jika anda perhatikan, jika anda pergi ke setiap booth, penjaga booth akan memberikan anda pamplet atau brosur. Tetapi sebagai balasannya penjaga booth tersebut akan menyuruh anda meninggalkan kad perniagaan anda di balang kaca, betul tak?

Sebenarnya balang kaca tersebut berfungsi sebagai autoresponder iaitu tempat untuk menyimpan maklumat bakal pelanggan anda. Selepas beberapa hari, peserta pameran akan menghubungi kembali pengunjung yang telah meninggalkan kad perniagaan mereka sama ada untuk menawarkan diskaun, tawaran istimewa dan sebagainya.

Begitu juga senarionya yang berlaku pada perniagaan internet. Anda mempunyai produk yang unik, buat satu halaman web mengenai produk anda. Anda beli sistem autoresponder, kemudian buat borang opt-in pada halaman web anda yang menawarkan diskaun, tawaran istimewa dan sebagainya. Sebagai balasan , pengunjung di kehendaki meninggalkan nama dan email pada borang opt-in anda, kemudian pengunjung tersebut menekan butang “submit”. Maka anda telah mempunyai seorang bakal pelanggan dalam database anda yang boleh anda hubungi bila-bila masa sahaja dan begitulah seterusnya sehingga bilangannya boleh mencecah ribuan nama dan email dalam database anda.

Saya sendiri mempunyai hampir 800 subscriber dalam niche pelangsingan yang secara perlahan-perlahan akan di tukar kepada bakal pelanggan. Jika saya ingin membuat promosi, saya hanya perlu masuk dalam autoresponder saya, buat surat tawaran kemudian saya tekan butang “broadcast”, dengan sekelip mata email saya di hantar kepada 800 orang yang terdapat dalam database saya.

Sebenarnya, sistem autoresponder tidak terhad penggunaanya kepada bidang buat duit di internet sahaja, malah anda boleh mempelbagaikan autoresponder anda dengan niche yang lain. Jual handphone, jual tudung dan sebagainya.

Jika anda mempunyai bisnes dan ingin mencuba menggunakan autoresponder, anda boleh cuba sistem autorsponder traffic wave, anda boleh mencuba secara percuma dalam masa 30 hari, tiada nombor kad debit atau kredit yang akan diminta selama pendaftaran percuma tersebut. Jika selapas 30 hari anda tidak upgrade kepada ke ahlian berbayar, secara automatik akaun anda akan di tutup malah anda tidak akan rugi apa pun.Jika anda mendaftar pada halaman web di bawah:

www.teknikautoresponder.com

Anda akan saya bimbing bagaimana untuk menggunakan autoresponder tersebut mengikut bidang perniagaan yang ingin anda ceburi. Tawaran ini adalah tambahan kepada bonus yang di sediakan pada halaman web dan hanya terhad kepada 3 orang sahaja, bimbingan adalah melalui YM atau Facebook.

Sekian,

Ikhlas,

PS: Untuk pengetahuan anda,saya mempunyai perniagaan menjual produk pelangsingan, medium pemasaran saya adalah internet, dalam tempoh 5 bulan saya berjaya mendapatkan subscriber mencecah 800 orang. Dalam tempoh itu, saya berjaya menukar kepada 30 pelanggan yang berdaftar di bawah saya. untuk pengetahuan anda, produk ini berharga RM400++ setiap set. Jika anda mempunyai produk yang unik yang mendapat permintaan apa kata bina senarai bakal pelanggan anda denga sistem autoresponder Traffic wave. Klik kat sini

SocialTwist Tell-a-Friend

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? di harap agar ceria selalu dan kepada warga hulu selangor, selamat menghadapi pilihanraya.

Ok, sebelum ini ada yang meninggalkan komen supaya menunjukkan bagaimana untuk membuat borang Opt-In. Sebelum saya menulis artikel mengenai perkara tersebut, pertanyaan saya, adakah anda sudah mempunyai autoresponder? kerana setiap sayarikat autoresponder akan menyediakan tutorial bagaimana untuk membuat borang opt-in, malah ada juga yang telah menyediakan template, cuma copy & paste ke dalam squeeze page kita.

Oleh itu saya rasa telah terjawab persoalan bagaimana untuk membuat borang opt-in sebab sistem autoresponder itu sendiri telah menyediakan borang opt-in.. Untuk pengetahuan anda, saya telah bertukar sistem autoresponder daripada turboautoresponder.com kepada trafficwave.net. Saya bertukar bukan di sebabkan Turboautoresponder.com tidak bagus tetapi bayaran bulanannya terlalu mahal buat saya iaitu USD 19.90 berbanding trafficwave.net hanya USD17.95 selain sistem tracking yang boleh di katakan lengkap.

Jika anda ingin mengetahui bagaimana Trafficwave boleh mengautomasikan perniagaan anda, sila lawati halaman web di bawah untuk keterangan lebih lanjut:

www.teknikautoresponder.com

Jika anda subscribe laporan percuma dalam halaman web tersebut, ada di tunjukkan bagaimana untuk membuat borang opt-in.Pada artikel yang akan datang saya akan menulis mengenai faedah yang anda boleh perolehi apabila menggunakan autoresponder trafficwave. Untuk pengetahuan anda, semua produk yang di syorkan di sini telah di cuba atau di beli oleh saya sendiri. Saya tidak akan membuat ulasan mengenai produk yang saya tidak pernah beli atau tidak mempunyai review copy.

Akhir kata, jika anda ingin membina perniagaan dalam jangka masa panjang, mulakan dengan membina senarai bakal pelanggan anda terlebih dahulu dengan menggunakan sistem autoresponder.

ikhlas,

SocialTwist Tell-a-Friend

mailing-list

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? di harap agar anda berada dalam mood yang ceria, di samping dapat menceriakan hati, ia juga merupakan ubat mujarab untuk kesihatan di dalam keadaan situasi kos hidup sekarang yang semakin meninggi, juga suka saya ingatkan di sini sesiapa yang membaca berita, sudah tentu sedia maklum bahawa harga minyak akan di struktur semula pada bulan mei nanti.

Hari ini kita akan berbicara mengenai tindakan susulan atau follow up ke atas list yang telah kita bina. Jika anda hanya membiarkan subscriber yang telah anda kumpul, ini akan menyebabkan subscriber anda telah lupa siapa anda. Begitu juga jika anda terus menghantar email promosi setelah membina list, mereka akan menganggap anda adalah spammer.

Tahukah anda bahawa 70% jualan terhasil setelah melakukan follow up manakala selebihnya adalah melalui kekuatan surat jualan. Ramai antara kita yang belajar mengenai cara-cara untuk membina list tetapi berapa ramai pula yang belajar bagaimana untuk menguruskan list tersebut.

Pakar internet menggunakan senarai list yang mereka miliki untuk leverage subscriber mereka untuk wang. Caranya sama ada sebagai affiliate atau menjual produk mereka sendiri. Kalau anda tanya saya yang mana satu hendak dilakukan? kedua-duanya boleh. sama ada sebagai affiliate atau menjual produk sendiri.

Tetapi, senarai list yang saya miliki adalah dari pelbagai niche, dari niche pelangsingan badan hinggalah ke buat duit di internet. Tetapi bagi niche pelangsingan badan, saya hanya fokus kepada mempromosi produk saya sendiri.

Saya akan educate list saya bagaimana untuk melangsingkan badan dengan menggunakan 7 siri email yang saya telah setkan awal-awal pada autoresponder saya. Apabila pengunjung menjadi subscriber saya, mereka akan menerima 7 email dalam tempoh yang telah saya setkan.

Dalam email 1 hingga 4, saya akan memberi penerangan mengenai bagaimana untuk melangsingkan badan. Daripada asas hinggalah melibatkan kira-kira. Manakala email kelima hingga ke 7, saya akan meletakkan pautan ke halaman web jualan saya.

Setakat ini, teknik tersebut dapat menukar subscriber kepada pembeli seterusnya menjadi ahli.

Sebenarnya, banyak lagi cara-cara untuk leverage list anda kepada wang. Cuma yang penting, kita perlu sentiasa mencuba pelbagai teknik. Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai cara-cara untuk melakukan follow up, sila klik pautan di bawah:

http://www.killerfollowup.com

Sekian dulu buat kali ini, kita berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.

PS: saya berazam untuk selalu menulis artikel di blog ini.

SocialTwist Tell-a-Friend
 Page 2 of 5 « 1  2  3  4  5 »