Perniagaan produk Fizikal: Kajian kes keatas halaman web Saya.
Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda pengunjung blog ini? hari ini kita berada pada tahun 2010 iaitu tahun yang diwarnai dengan kenaikan harga barang. Dimulai dengan gula dan roti putih, kalau tak percaya sila ke kedai yang terdekat.
Sebelum saya membincangkan perkara di atas, saya ingin bertanya tentang azam tahun baru saudara dan saudari yang mengunjungi blog saya. Apa-apa pun azam saudara/saudari mestilah dimasukkan dengan memcari pendapatan tambahan atau di panggil suppliment income. Kepada mereka yang bergaji besar, tidak apalah. Tetapi bagi golongan marhaen seperti kita.
Azam saya pada tahun ini adalah untuk mengemas kini halaman web saya yang dah bersarang dan juga mencuba teknik baru dalam membina list. Di samping itu juga saya akan lebih aggresif dalam menjalankan perniagaan internet, yang penting halal.
Ok, berbalik kepada tajuk kita hari ini, saya akan membuat kajian kes mengenai halaman web saya yang menjual produk fizikal. Produk yang saya jual adalah dalam niche pelangsingan badan. Sebelum saya membuat keputusan untuk menjual produk ini, isteri saya telah mencuba produk ini terlebih dahulu. Memandangkan beliau juga mengalami masalah berat badan berlebihan setelah melahirkan anak, testimoni adalah dari isteri saya sendiri dan tidak mereka-reka testimoni.
Sebelum itu, saya membuat kajian mengenai masalah tersebut di Malaysia, saya mendapati bahawa masalah berat badan berlebihan adalah salah satu masalah yang utama di Malaysia dan saya rasa ini satu niche yang bagus. Setelah itu saya membuat kajian kata kunci pada halaman di bawah:
https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal
Saya mendapati bahawa kata kunci langsing mempunyai lebih kurang 18,000 carian. Oleh itu, untuk membeli domain, saya perlu menggunakan nama yang lebih spesifik. Maka, terciptalah halaman web rahsialangsing.com.
Setelah itu, saya mempromosikan halaman web tersebut di forum-forum dan meletakkan iklan pada ruangan iklan percuma. Disamping itu juga, saya membuat blog khas untuk halaman web tersebut. Oleh itu, saya tidak perlu bekerja keras untuk mempromosikan halaman web, hanya promosikan blog. Hasilnya pada tahun 2008 sahaja halaman web tersebut mendapat kunjungan seperti di bawah:
Statistik di atas untuk tahun 2008 sahaja di sebabkan saya bermula pada bulan jun 2008.
Pada tahun 2009, saya menulis artikel di blog dengan lebih kerap menggunakan kata kunci rahsia langsing sebagai kata kunci utama. Mempromosikan blog di forum-forum. Selepas itu, saya tidak lagi menulis di artikel dan artikel yang terakhir saya tulis adalah pada bulan julai 2009. Statistik yang saya dapat adalah seperti di bawah:
Jika di lihat dari statistik Google analyctic, kebanyakan pengunjung yang saya dapat adalah dari search engine. Analyctics di atas adalah dari 2 disember 2008 hingga 1 january 2009.
Berdasarkan semua statistik di atas, cuba anda bayangkan jika saya dapat conversion rate sebanyak 5% bagi produk yang berharga lingkungan RM300-RM500. Ye memang di akui bahawa harga produk ini agak mahal, tetapi keberkesanannya terbukti.
Oleh itu, berdasarkan kajian kes di atas, perniagaan internet tidak terbatas melalui perniagaan ebook sahaja. Produk fizikal juga dikenal pasti mempunyai potensi yang besar untuk di jual di internet yang penting produk tersebut unik dan harganya berpatutan berbanding yang di jual di kedai-kedai biasa.
Sekian dahulu artikel saya buat kali ini, saya minta maaf jika tulisan saya berbelit-belit atau susah di fahami. Cuma motif yang saya hendak sampaikan adalah mengubah persepsi bahawa perniagaan internet adalah perniagaan skim cepat kaya dan anda boleh kaya dalam sekelip mata sahaja.Tidak benar kerana perniagaan internet adalah seperti perniagaan biasa memerlukan usaha dan mengambil sedikit masa untuk berjaya. Tetapi ada juga yang boleh berjaya dalam sekelip mata, itu bergantung kepada model perniagaan internet yang di jalankan. Tetapi jangan lupa masa yang diperlukan untuk mencari ilmu tersebut.
ikhlas,
![]()
Perniagaan produk Fizikal: Kajian kes keatas halaman web Saya.
Tagged with: Halaman Web • Panduan Buat Duit • Perniagaan internet
Filed under: Panduan Buat Duit • featured
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!




Salam bro, just drop by
Terima kasih kerana share,
Memang sepatutnya SEO satu teknik tak patut ditinggalkan.
Aku ada jugak jual produk(ubat),guna teknik SEO. Awal2 memang amik masa nak buat artikel , dapatkan backlink dari social marketing.
Tapi bila dapat first page kat google, alhamdulillah order tak putus walaupun dah tak peduli kat web tu dah setengah tahun. Yang belum cuba SEO, apa lagi belajar, jgn tak belajar.
Ye betul tu, SEO ni penting. Salah satu faktor yang mempengaruhi page rank adalah nama domain. So, SEO kan nama domain terlebih dahulu. Cari keyword yang berkaitan dengan produk anda.
Contohnya kalau anda jual tudung, kaji carian kata kunci berkaitan dengan tudung, kemudian pilih kata kunci yang bersesuaian untuk di jadikan nama domain. Sekarang ni halaman web saya tu dah banyak juga saingan. Pesaing tu guna adwords. Tapi tak pe la best man win.
memang target setiap orang yang jual produk online untuk berada di first page SERP….
Perniagaan internet bukanlah skim cepat kaya.ia memerlukan usaha utk berjaya mencipta kejayaan.bukannya goyang kaki dapat duit.
Terima kasih sdr Setria Hariadi atas info yg berguna…:)
Ya betul tu Amir, perniagaan internet ini juga seperti perniagaan offline memerlukan usaha, krebiliti dan kepercayaan. Apabila digabungkan akan menghasilkan sebuah perniagaan sebenar yang menggunakan medium internet.