Perniagaan Internet:Bagaimana Mahu Bermula?
Jika anda baru mengunjungi blog ini,Anda mungkin mahu subscribe Newsletter Saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!
Assalammualaikum,
Apa khabar anda hari ini? Di harapkan berada dalam keadaan sihat walafiat. Gambarajah di atas adalah salah satu screen shoot saya saya perolehi daripada survey atau kajian yang saya buat mengenai masalah yang mereka hadapi untuk memulakan perniagaan internet.
Ini adalah salah satu maklum balas yang saya perolehi, sebenarnya banyak lagi masalah yang mereka hadapi dalam memulakan perniagaan internet. Antara masalah-masalah yang saya kenal pasti daripada kajian tersebut adalah:
1) Tidak tahu bagaimana ingin bermula
2) Tidak tahu produk apa yang ingin di jual
3) Kepercayaan sama ada boleh buat duit melalui internet atau tidak.
4) Tidak tahu membina laman web
5) Yang paling glamour, macam mana hendak buat pemasaran.
Ini adalah masalah lazim yang di hadapi oleh mereka yang ingin memulakan perniagaan internet.Baiklah , saya terangkan satu persatu.
Perniagaan internet adalah seperti perniagaan bukan internet, cuma internet merupakan medium pemasaran sahaja. Oleh itu, jika seseorang itu tidak percaya boleh buat duit melalui internet, mungkin beliau terkeliru mengenai perniagaan internet sebenar. Perniagaan internet bukanlah perniagaan skim-skim cepat kaya yang banyak di iklankan diinternet.Itu adalah SCAM. Perniagaan internet sebenar adalah berlaku proses perdagangan antara penjual dn pembeli manakala medium yang di gunakan adalah internet.Contohnya, salah satu halaman web saya iaitu www.rahsialangsing.com. Halaman web tersebut menjual produk dan bukannya menawarkan skim-skim yang ntah apa-apa.
Bagaimana mahu bermula? sebenarnya di Malaysia, masih banyak ruang yang belum di isi bagi perniagaan internet. Yang semakin bertambah adalah daripada kategori buat duit di internet.Sebelum anda memutuskan produk apa yang anda ingin jual, anda perlu memikirkan kepakaran atau hobi anda. Kadang-kadang kepakaran dan hobi anda boleh di jadikan produk untuk di jual di internet. Kemudian tentukan sama ada anda hendak menjual produk fizikal atau yang berbentuk digital seperti ebook, software dan sebagainya. Contoh kepakaran dan hobi yang boleh di jadikan produk adalah cara-cara menanam pokok bunga, membaiki kereta dan sebagainya.
Setelah menentukan produk yang ingin dijual, anda perlu membina sebuah halaman web. Anda boleh membina sendiri, jika anda mahir. Jika anda ingin menjimatkan masa, anda boleh mengupah designer untuk membuat halaman web untuk anda. Anda boleh cari designer di halaman forum www.WangCyber.com. Di situ ramai designer-designer yang berkebolehan untuk membina halaman web bagi anda.
Setelah itu, tiba masanya untuk membuat promosi. Kaedah pemasaran adalah bidang yang terlalu luas untuk dibincangkan di sini. Oleh itu, saya mulakan dengan promosi dengan meletakkan signature file di forum. Kita akan berbicara lagi mengenai promosi pada artikel yang akan datang.
Ada satu lagi soalan yang biasa juga ditanya. Jika tidak mempunyai produk bagaimana? Ok. jika anda tidak mempunyai produk, anda boleh menjana wang dengan mempromosikan produk orang lain. Ini di kenali sebagai affiliate program.Melalui affiliate program, anda tidak perlu mencipta produk, hanya promosikannya. Anda perlu mencari program affiliate yang mendapat permintaan, contohnya kategori buat duit.Anda perlu mendaftar dengan halaman web yang menawarkan program afiliate. Setelah mendaftar, anda akan diberi satu pautan khas untuk anda promosikan. Jika ada pengunjung membeli melaui pautan anda, anda akan dapat komisyen dari jualan tersebut.begitulah secar ringkasnya program affiliate berfungsi. Bagaiman untuk mempromosikan pautan ini? Sebenarnya cara untuk mempromosi pautan affiliate mempunyai pelbagai cara. Salah satu cara yang popular adalah dengan mailing list. saya juga akan bincangkan kaedah promosi ini pada artikel yang akan datang
Tagged with: Halaman Web • panduan • Pemasaran Email • Perniagaan internet
Filed under: Panduan Buat Duit
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!




Saya pun kadangkala tak tahu juga nak menulis blog. Lagi satu tentang mailing list…
Rahsia menulis blog adalah tulis mengenai perkara yang anda minat dan memiliki pengetahuan mengenainya.Satu lagi blog merupakan senjata yang ampuh untuk mempromosikan halaman web jualan anda.Jika anda sudah tepu mengenai perkara yang ingin di tulis, cuba lakukan survey. Dengan survey, kita boleh mengetahui masalah yang di hadapi oleh pengunjung kita.
Mengenai mailing list pula, sebenarnya banyak cara boleh di gunakan untuk membina list.Ini akan saya buat artikel atau report khas mengenai cara membina mailing list.