Perniagaan Internet: Sumber Yang Digunakan Untuk Mencari Kata Kunci
Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!
Assalammualaikum,
Apa khabar pembaca blog saya hari ini? di harapkan berada dalam keadaan sihat walafiat. Sudahkah anda membina halaman web jualan anda yang pertama? jika belum, sila buat secepat yang mungkin. Jika anda bermasalah untuk membuat borang pesanan, sila pergi ke halaman web rasmi borang pesanan di sini.
Dalam satu survey yang saya jalankan, ada satu soalan berkaitan dengan produk apa yang hendak di jual.Sebelum seseorang individu tersebut hendak memulakan sebuah perniagaan internet, minda anda perlu di set bahawa kita boleh berniaga melalui internet. Jika seseorang itu tidak percaya, usaha yang di lakukan hanya sekerat jalan. Mereka hanya membeli ebook panduan buat duit, kemudian buat seperti yang di tunjukkan dalam ebook tersebut. Apabila tidak berhasil, mulalah menuduh penulis ebook sebagai penipu sedangkan kejayaan tidak berlaku dalam sekelip mata.
Pernahkah anda menerima email promosi dengan tajuk seperti “ Make 1 million in 24 hours” atau ” How rookie can cash out 7,000 within 2 weeks” dan seumpama dengannya. Saya tidak katakan bahawa penulis ebook ini menipu. Cuma setelah anda membaca ebook tersebut ternyata mereka telah berkecimpung dalam bidang perniagaan internet dalam tempoh yang lama.
Tetapi tahukah anda bahawa berapa lama mereka mencuba dan menimba ilmu untuk menguasai skill begitu. mungkin mereka mengambil masa 5 tahun untuk belajar serta telah mempunyai email list sebanyak ratusan ribu yang di perolehi dalam masa 5 tahun dan berbagai kemungkinan lagi. Oleh itu harus di ingat bahawa kejayaan tidak datang sekelip mata.
Berbalik kepada persoalan tadi, produk yang anda boleh jual adalah:
i) Produk yang anda sendiri buat dan ada permintaan ke atasnya. Contohnya seperti kraftangan, batik dan sebagainya.
ii) Produk yang anda pakar mengenainya. Contohnya anda seorang wanita yang dahulunya berbadan besar, kini telah langsing dengan produk tertentu. Produk tersebut adalah unik dan jarang terdapat di kedai-kedai biasa ( ini teknik yang saya lakukan sekaran keatas salah satu halaman web saya).
iii) Anda menjual produk orang lain. Jika anda mempunyai kenalan yang menjual produk yang mendapat sambutan secara offline, apa kata anda tawarkan kepada kenalan anda sebagai orang tengah untuk menjual produk tersebut secara online. Ini di panggil dropship.
iv) Cari produk sedia ada di internet yang mempunyai permintaan. Kemudian hubungi pemilik halaman web tersebut dan nyatakan keinginan anda untuk mempromosikan produk yang terdapat di halaman web tersebut. Ini dipanggil affiliate. Anda hanya bertindak sebagai marketing arm kepada website tersebut. Jika ada jualan dibuat melalui affiliate id anda, anda akan di bayar komisyen.
v) Anda seorang petani yang berjaya. Hasilkan sebuah ebook atau video khas mengenai cara-cara untuk bertani yang betul dan sistemetik.
Sebenarnya banyak lagi produk yang anda boleh jual di internet, bergantung kepada keinginan seseorang untuk berjaya.
Lagi satu kaedah untuk mengetahui produk yang boleh di jual di internet adalah melaui kata kunci atau keyword. Kata kunci adalah perkataan yang di taip oleh pengunjung di enjin pencari untuk mencari produk atau informasi. Sumber yang boleh digunakan adalah:
i) https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal
2) www.seobook.com
Ini adalah 2 sumber utama yang saya gunakan untuk mencari kat kunci, sebenarnya banyak lagi sumber yang dapat diperolehi secara percuma di internet.
Oleh itu sebelum menjual produk di internet pastikan anda membuat keyword research terlebih dahulu.
Sekian dahulu buat kali ini, semoga kita berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.
Yang benar,
![]()
Perniagaan Internet: Sumber Yang Digunakan Untuk Mencari Kata Kunci
Tagged with: panduan • Panduan Buat Duit • pemasaran • Perniagaan internet
Filed under: Panduan Buat Duit
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!

Leave a Reply