Perniagaan Internet: Kepentingan Borang Pesanan (Order Form)
Jika anda baru mengunjungi blog ini,Anda mungkin mahu subscribe RSS feed. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!
Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
Apa khabar anda hari ini? Sudahkah membina halaman web anda yang pertama? Di Malaysia perniagaan internet telah berkembang dengan pesat sejak kebelakangan ini. Ramai usahawan internet yang telah muncul bak cendawan selepas hujan. Ada antara mereka yang benar-benar menjalankan perniagaan dan ada juga yang ingin menawarkan pelbagai skim dan program untuk menjadi kaya dengan cepat.
Hari ini saya akan bercerita mengenai perniagaan internet yang sebenar iaitu menwarkan produk kepada pembeli melalui medium internet. Saya mula bergiat dengan perniagaan internet sejak 2007, tetapi tiada kenangan manis. mungkin disebabkan tidak fokus kepada bidang tertentu. Halaman web saya yang pertama adalah www.thefuelsaver.com iaitu halaman web menjual produk untuk jimat minyak sewaktu harga minyak melonjak tinggi. Tetapi halaman web tersebut tidak bertahan lama kerana harga minyak kembali turun tidak beberapa lama selepas itu.
Saya mengambil masa lebih kurang sebulan untuk menyiapkan halaman web tersebut. Bahagian yang mengambil masa yang lama adalah borang pesanan atau di panggil juga dengan order form. Saya terpaksa belajar serba sedikit kod HTML untu membuat borang pesanan tersebut. Saya membuat banyak try and error untuk menyiapkan halaman web tersebut. Selepas itu timbul lagi masalah iaitu Borang tidak berfungsi sepenuhnya, terpaksa la saya ciplak borang pesanan daripada halaman web lain.
Borang pesanan ini penting kerana selepas pengunjung memilih untuk membeli produk anda, mereka akan di bawa ke halaman di mana mereka perlu memasukkan butir-butir peribadi dan bukti pembayaran. Jika borang pesanan tidak di sediakan, ini akan menyusahkan pembeli kerana mereka perlumasuk ke akaun email mereka dan seterusnya menghantar bukti pembayaran melaui email.
Jika menggunakan borang pesanan, pembeli tidak perlu untuk masuk ke akaun email mereka untuk menghantar bukti pembayaran. Pembeli hanya perlu mengisi borang yang di sediakan dan copy & paste bukti pembayaran melalui online banking.
Oleh itu, kepada mereka yang ingin membuat halaman web jualan mereka dan bemasalah untuk membuat borang pesanan. Saya ada penyelesaian kepada masalah anda iaitu:
Dengan menggunakan sistem ini, anda dapat membuat borang pesanan, borang tempahan, order form atau apa sahaja yang anda panggil dengan mudah. Sebab, jika anda membeli sistem ini:
i) Anda akan di berikan dua jenis borang pesanan iaitu tanpa alamat dan dengan alamat.
ii) Anda akan di berikan panduan bagaimana untuk konfigurasi borang pesanan tersebut. Mudah sahaja panduan tersebut, jika anda tidak mahir dalam HTML pun boleh memahaminya.
Oleh itu, untuk mendapatkan borang pesanan tersebut sila klik pautan di bawah:
Yang Benar
![]()
ps: Dengan menggunakan sistem borang pesanan ini, anda boleh membuat banyak halaman web jualan. Cari produk yang unik, buat halaman web, gunakan sistem borang pesanan untuk membuat borang tempahan dan promosi.
Related Blogs
- Cendawan Tiram Segar – Oyster Mushrooms • BUY & SELL | Malaysiads …
- Harga minyak kekal, belum tentu satu berita baik. « Kelapa Muda
- JIMAT MINYAK LEBIH POWER TAMBAH PENDAPATAN | IklanPercuma2u.com …
- JIMAT MINYAK!! DUIT PUN MASYUK!! | IklanPercuma2u.com :: Iklan …
- Double Your CPALEAD Income | Revolusi Perniagaan Internet
Perniagaan Internet: Kepentingan Borang Pesanan (Order Form)
Tagged with: Borang Pesanan • Halaman Web • Panduan Buat Duit • Perniagaan internet
Filed under: Tip Halaman Web
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!


Leave a Reply