Panduan Blog: Tambah Blog Untuk Menaikkan Ranking Pada Enjin Pencari.

by admin on May 1, 2010

Jika anda baru mengunjungi blog ini,Anda mungkin mahu subscribe Newsletter Saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!

keyword-analysis

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? Di harap agar berada dalam situasi yang menyenangkan. Artikel hari ini pendek sahaja. Adakah anda menambah blog pada halaman web jualan anda? kajian mendapati bahawa ranking halaman web jualan anda akan naik jika anda menambah blog pada halaman web jualan.

Saya mempunyai halaman web jualan berbentuk minisite, halaman web jualan ini berada pada page 2 dalam beberapa bulan dan tidak mendapat pelawat dalam beberapa ketika. Selepas itu saya menambah blog wordpress bagi minisite tersebut dan mula menulis artikel berkaitan dengan kata kunci yang saya kehendaki dan saya membuat “anchor text” kata kunci tersebut dan di pautkan ke minisite saya.Hasilnya minisite saya berada pada page 1 bersama dengan blog untuk kata kunci tertentu.

Oleh itu jika anda membuat satu halaman web jualan, jangan lupa untuk membuat blog pada halaman tersebut, tulis beberapa artikel berkaitan kata kunci yang dikehendaki, buat “anchor text” dan pautkan ke halaman web jualan anda. Cubalah:)

Untuk pengetahuan anda Google amat menggemari blog dan blog begitu mudah di index. Kini saya tidak perlu terlalu kerap untuk menulis di blog kerana minisite dan blog saya berada pada ranking 1 dan 2 untuk kata kunci tertentu.Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa kata kunci yang ingin anda gunakan untuk menaikan ranking mempunyai jumlah carian yang mencukupi. Tidak guna untuk menaikkan ranking bagi kata kunci yang tidak mempunyai jumlah carian yang menggalakkan.

Akhir kata, Kajian kata kunci adalah segalanya.Noktah.

Ikhlas,

SocialTwist Tell-a-Friend

Leave a Comment

Previous post:

Next post: