Panduan Amazon:Hasil setelah 8 bulan.

by admin on August 20, 2011

Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? di harap agar tabah menjalani ibadah puasa yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Pada artikel saya yang lepas iaitu panduan amazon, saya membuat sebuah niche website untuk mempromosikan produk amazon dan juga saya menyelitkan sedikit iklan adsense pada website tersebut. Setelah 8 bulan dan hanya membuat bookmarking, hasil yang dii perolehi adalah seperti di bawah:

Tidak banyak bukan? tetapi ini hanya hasil daripada bookmarking dan website tersebut tidak berada pada 1-10 pada enjin pencari. Di bawah saya lampirkan ranking terkini saya bagi kata kunci yang ingin saya optimasikan.

Ranking saya terukkan? tetapi ini adalah balasan kepada orang malas. Selepas ini saya akan lebih rajin untuk membina link untuk menaikkan ranking untuk kata kunci tersebut.

Saya tidak menumpukan perhatian kepada website ini setelah membuat beberapa bookmarking. Walaupun jumlah jualan bagi produk ini hanya 4, tetapi jumlah klik yang terhasil dari website ini adalah 70. Cuma conversion agak mengecewakan. Selepas ini saya akan menambah artikelĀ  dan membina link dan berharap agar ranking website ini akan meningkat menjelang hari krismas. Kerana pada hari krismas, mat saleh di luar sana akan berbelanja seperti tidak ingat dunia. Selepas itu, mungkin saya akan jual sahaja website ini di flippa.

Selain amazon, saya juga monitize website ini dengan adsense , dengan menggunakan ctr theme , dapt juga saya bebrapa klik dari adsense. Tetapi sebaik-baiknya jika anda fokus kepada amazon, cuba sebaik mungkin untuk membuat produk review. Tetapi saya nampak kelemahan amazon adalah landing page, di mana amazon hanya akan memaparkan keterangan produk, review serta harga pada landing page, setelah pelawat klik pada pautan affiliate anda.

Setelah melalui proses pencarian, saya kini hanya akan menumpukan perhatian saya kepada pembinaan niche website untuk produk amazon, adsense dan juga clickbank. Tetapi kini saya hanya ada website untuk produk amazon dan adsense sahaja, selepas raya nanti saya akan membina website untuk mempromosikan produk clickbank pula. Nama domain dan hosting telah tersedia, cuma penulisan artikel sahaja yang belum selesai, mungkin saya akan sumber luarkan (outsourcing).

Buat masa sekarang, saya sedang memantapkan diri saya dengan aspek SEO, mungkin kata orang SEO ini memakan masa, tetapi untuk itu, saya telah melaburkan sejumlah wang untuk belajar mengenai SEO serta membeli tool untuk aspek SEO.

Oleh itu, saya akan kemas kini ranking website saya pada blog ini dan potensi yang terdapat dalam pembinaan niche website.Sekian sahaja buat kali ini, kita berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.

ikhlas,

SocialTwist Tell-a-Friend

Leave a Comment

Previous post:

Next post: