Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!
Assalammuaalikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda hari ini? di harap agar tabah menjalani ibadah puasa yang tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi. Pada pagi ini selepas bersahur dan solat subuh, serta mengikuti kuliah subuh daripada ustaz Wan Ji Hussin di surau berhampiran kediaman saya, sampainya di rumah, saya terus membuka email utama saya, walau pun membuka email adalah salah satu punca melengah-lengahkan kerja, tetapi saya hanya membuka email utama ini sahaja setiap hari.
Lalu saya terlihat email dari Brad Callen mengenai servis untuk menulis artikel.Lalu saya membuka akaun dengan halaman web yang menawarkan servis tersebut. Halaman servis itu adalah www.iwriter.com. Saya dapati upah untuk menulis artikel adalah sebanyak USD2 setiap artikel dengan 300 patah perkataan dan ini adalah yang paling rendah.Saya belum lagi mencuba servis ini, tetapi akan mengupah penulis artikel ini pada malam nanti, maklumlah siang hari sibuk dengan persiapan untuk menyambut hari raya.
Satu lagi sumber yang saya gunakan adalah Odesk. Format untuk mengupah penulis artikel di sini adalah melalui sistem bida. Katakan anda ingin mengupah penulis artikel untuk menulis lima buah artikel untuk anda, lalu anda tuliskan description anda di ruangan post a job dengan meletakkan kriteria serta harga yang anda tawarkan.Setelah itu, contractor atau penulis artikel akan melakukan bidaan terhadap job anda.
Setelah itu anda boleh memilih penulis artikel dengan melihat kepada sampel artikel mereka. Di sini kebanyakan penulis artikel adalah dari seluruh dunia. Jika anda mahukan penulis dari Amerika ataupun english sebagai bahasa utama mereka, anda mesti highlight pada ruangan description job anda.
Saya telah mengupah beberapa penulis artikel di Odesk, dan mereka adalah dari Filipina, walaupun tulisan mereka tidak berapa cemerlang, tetapi anda berhak untuk menyuruh mereka membuat beberapa perubahan.
Kesimpulannya, jika anda tidak mahir menulis artikel dalam bahasa inggeris, kini ia bukan penghalang kepada anda. Dengan outsourcing, anda dapat menembusi batu penghalang kepada mereka yang tidak mahir berbahasa inggeris, malas membuat artikel dan sebagainya.
Sekian dahulu buat kali ini. Kta berjumpa lagi dalam artikel ayng akan datang.
ikhlas,
![]()
