“Menyesalnya Aku Tak Bina Mailing List”
Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!
Assalammualaikum,
Apa khabar anda hari ini? Di harapkan anda dapat menjalani ibadah puasa dengan tabah sebabnya suasana hari raya sudah mula menjelma manakala masjid pula kekurangan jemaah bagi sembahyang terawih.
Tajuk hari ini menunjukkan satu penyesalannya sebenarnya. Tetapi pepatah mengatakan “better late than never”. Statistik di atas adalah salah satu program affiliate yang saya sertai. Tak banyak pun jualannya cuma 2 jualan aje. Dari mana saya dapat jualan ni? jawapannya dari mailing list yang saya kumpul dari niche pelangsingan badan kepunyaan isteri saya. Jumlah leads yang terkumpul tidak banyak cuma 100 lebih aje.Cuba bayangkan jika saya mempunyai leads sebanyak 1000, 2000 ataupun 10,000 seperti otai-otai yang lain.
Saya mengenali dunia intenet kurang lebih 3 tahun. Jika saya memulakan usaha untuk membina mailing list 3 tahun lepas, saya tak tahu berapakah jumlah leads yang saya kumpul.Tetapi usaha itu tidakĀ terlewat, bermula bulan ini, saya telah memulakan usaha untuk membina mailing list.
Dengan membina mailing list sendiri, adalah lebih senang untuk memasarkan produk sendiri atau menjadi affiliate. Dengan mailing list juga kita dapat membina senarai pembeli, jika kita menjual produk sendiri. Cuba anda tanya kebanyakan super affiliate di Malaysia ataupun antarabangsa , bagaimana mereka mempromosikan produk. Semuanya akan menjawab melalui mailing list.
Ruang tersebut masih terbuka luas di Malaysia dan sentiasa terbuka, yang paling penting adalah bertindak. Ayat ini saya tujukan kepada saya serta mereka yang ingin bermula. Pelajari mengenai pemasaran email terlebih dahulu. Pelajari mengenai autoresponder, newsletter dan sebagainya. Tidak salah untuk belajar mengenai adsense, SEO dan sebagainya, tetapi adalah lebih baik jika anda belajar mengenai pemasaran email terlebih dahulu.
Lagi satu, pastikan anda membeli sistem autoresponder yang sesuai dan yang mempunyai “tracking system”. Saya mengalami kesilapan membeli autoresponder buat kali pertama, apabila ingin memindahkan list ke sistem autoresponder yang baru yang mempunyai tracking system, saya kehilangan hampir separuh leads saya. Sudah lah leads saya tak seberapa, hilang pulak tu. Apa nak buat nasib badan.
Sekian dahulu buat kali ini, semoga kita berjumpa di artikel yang akan datang. Apa yang penting adalah betindak.
![]()
Tagged with: Autoresponder • Aweber • list building • Mailing list • Pemasaran Email
Filed under: Pemasaran Email
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!





Leave a Reply