Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!
Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
Pada artikel yang lepas, saya ada menyatakan mengenai asas dan pentingnya membina list. Artikel pada kali ini pula adalah mengenai Cara-cara untuk mendapatkan report untuk di beri percuma sebagai balasan mereka opt-in dengan anda.
Cara-cara untuk mendapatkan laporan percuma.
i) Menulis laporan anda sendiri. Anda boleh menulis mengenai niche yang anda ingin ceburi. Contohnya, jika anda ingin mengumpul list dalam niche pelangsing badan, anda mesti membuat laporan percuma mengenai cara mudah melangsingkan badan dalam masa 10 hari tanpa perlu bersenam. Lihat! tajuk laporan anda pun sudah menarik minat individu yang ingin langsing.
ii) Terjemahkan ebook dalam bahasa inggeris ke dalam bahasa melayu. Banyak ebook-ebook yang bagus dalam bahasa inggeris yang boleh anda terjemah di luar sana. Anda boleh taip di google “free ebook + niche anda”.
iii) Buat laporan mengenai kemahiran anda. Jika anda seorang mekanik, anda boleh membuat laporan mengenai “cara-cara untuk mengelakkan oleh mekanik durjana” contohnya.
iv) Buat video percuma. Anda boleh membuat video mengenai niche tertentu seperti cara-cara untuk install wordpress, upload file ke server dan sebagainya.
Perlulah di ingatkan bahawa laporan yang anda tulis tidak perlu terlau panjang, lebih kurang 15-20 mukasurat sudah memadai. Setelah laporan anda selesai di tulis, anda perlu menukar laporan tersebut ke dalam bentuk fail PDF. Anda boleh menggunakan ewriter pro untuk menukar fail anda dari bentuk Doc. ke bentuk PDF. Jika anda tidak mempunya software tersebut, anda boleh mendapatkannya di sini.
Setelah anda mempunyai laporan percuma untuk diberi kepada bakal subscriber anda, anda memerlukan sebuat autoresponder dan halaman web yang di panggil squeeze page.
oleh itu secara ringkasnya, untuk membina list anda memerlukan tiga perkara berikut:
i) Laporan percuma
ii) sistem autoresponder
iii) Squeeze page
Sekian dahulu buat kali ini, pada artikel yang akan datang, saya akan menulis mengenai sistem autoresponder pula.
Yang benar,
![]()
ps: Jika anda hendak membuat halaman web anda yang pertama dan tidak tahu bagaimana hendak membuat order form, sila layari halaman halaman web berikut: www.borangpesanan.com. saya telah menambah beberapa bonus untuk membantu anda dalam membuat halaman web pertama anda.


{ 2 comments… read them below or add one }
Hai,lepas siapkan laporan,daftar autoresponder
dan buat squeezepage,bagaimana saya nak sampaikan
laporan percuma tersebut pada subscriber2 saya nanti?
Biasanya saya lihat dalam newsletter yang saya subscribe
mereka ada sediakan download link didalamnya..
tapi macamana saya nak sediakan link seperti mereka supaya
subscriber2 saya dapat download laporan percuma saya?
Mohon tunjuk ajar ye
Biasanya autoresponder mempunyai setting untuk confirmation page. Di mana dalam bahagian ini, anda di minta untuk meletakkar URL confirmation page. Letakkan URL download link anda dalam setting confirmation page. Selepas subscriber confirmkan subscription mereka, download link tersebut akan muncul dan subscriber anda dapat mendownload laporan anda, anda menggunakan autoresponder apa ye?