List Building: Tips Melakukan Tindakan Susulan (Follow Up)
Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda hari ini? di harap agar anda berada dalam mood yang ceria, di samping dapat menceriakan hati, ia juga merupakan ubat mujarab untuk kesihatan di dalam keadaan situasi kos hidup sekarang yang semakin meninggi, juga suka saya ingatkan di sini sesiapa yang membaca berita, sudah tentu sedia maklum bahawa harga minyak akan di struktur semula pada bulan mei nanti.
Hari ini kita akan berbicara mengenai tindakan susulan atau follow up ke atas list yang telah kita bina. Jika anda hanya membiarkan subscriber yang telah anda kumpul, ini akan menyebabkan subscriber anda telah lupa siapa anda. Begitu juga jika anda terus menghantar email promosi setelah membina list, mereka akan menganggap anda adalah spammer.
Tahukah anda bahawa 70% jualan terhasil setelah melakukan follow up manakala selebihnya adalah melalui kekuatan surat jualan. Ramai antara kita yang belajar mengenai cara-cara untuk membina list tetapi berapa ramai pula yang belajar bagaimana untuk menguruskan list tersebut.
Pakar internet menggunakan senarai list yang mereka miliki untuk leverage subscriber mereka untuk wang. Caranya sama ada sebagai affiliate atau menjual produk mereka sendiri. Kalau anda tanya saya yang mana satu hendak dilakukan? kedua-duanya boleh. sama ada sebagai affiliate atau menjual produk sendiri.
Tetapi, senarai list yang saya miliki adalah dari pelbagai niche, dari niche pelangsingan badan hinggalah ke buat duit di internet. Tetapi bagi niche pelangsingan badan, saya hanya fokus kepada mempromosi produk saya sendiri.
Saya akan educate list saya bagaimana untuk melangsingkan badan dengan menggunakan 7 siri email yang saya telah setkan awal-awal pada autoresponder saya. Apabila pengunjung menjadi subscriber saya, mereka akan menerima 7 email dalam tempoh yang telah saya setkan.
Dalam email 1 hingga 4, saya akan memberi penerangan mengenai bagaimana untuk melangsingkan badan. Daripada asas hinggalah melibatkan kira-kira. Manakala email kelima hingga ke 7, saya akan meletakkan pautan ke halaman web jualan saya.
Setakat ini, teknik tersebut dapat menukar subscriber kepada pembeli seterusnya menjadi ahli.
Sebenarnya, banyak lagi cara-cara untuk leverage list anda kepada wang. Cuma yang penting, kita perlu sentiasa mencuba pelbagai teknik. Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai cara-cara untuk melakukan follow up, sila klik pautan di bawah:
Sekian dulu buat kali ini, kita berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.
![]()
PS: saya berazam untuk selalu menulis artikel di blog ini.
Tagged with: Autoresponder • list building • Mailing list • Pemasaran Email • Perniagaan internet
Filed under: Pemasaran Email • featured
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!





Salam …Setria
Terima kasih untuk artikel tersebut. Ia dapat membantu rakan2 lain dlm biz online ini.
Memandangkan saya tiada sistem autoresponder & senarai list, saya telah mengutip ratusan email yang masuk ke mail box saya (list email forward) oleh para IM skim wang pantas mereka (ramai hntr-penuh mail box).
Soalan saya ialah, adakah dikira SPAM jika saya guna email tersebut untuk menghantar berita perniagaan online saya kepada mereka.Adakah ia menjadi satu kesalahan/ melanggar etika pemasaran email.(mereka bukan subscriber saya)
Terima kasih untuk info saudara.
Amalan seperti itu di kira SPAM kerana anda tidak diberi kebenaran oleh pemilik email untuk menghantar apa-apa pun ke dalam inbox mereka. Jika menggunakan autoresponder, mereka perlu double opt-in untuk pengesahan.
info yang menarik. thnx. suka dengan step 7 siri emel tuh. maknanya kena karang siap2 la erk? saya baru langgan autoresponder. xde list and baru nk setup emel dan free report
ya betul karang siap-siap, kemudian setkan setiap mesej yang hendak di hantar mengikut hari-hari tertentu. Lebih banyak email yang di karang, lebih baik dan mudah subscriber anda untuk mengenali anda.
Ya, email tersebut di kira SPAM kerana penerima tidak kenal anda sebagai pengirimnya. Jika anda menggunakan autoresponder, anda boleh membuat satu laporan percuma mengenai perniagaan anda, letakkan borang opt-in pada halaman web anda supaya pelawat boleh meninggalkan nama dn email mereka sebagai balasan untuk mendapatkan laporan percuma saudara.Anda boleh meletakkan email promo pada sistem autoresponder anda siap-siap, kemudian jadualkan penghantaran email tersebut.
Dalam setiap email tersebut, anda boleh letakkan nota yang menyatakan penerima telah subscribe pada newletter anda. malah mereka ingat bahawa mereka pernah subscribe newslette anda.