Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!

mailing-list-300x225

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Kali ini sampai kita pada siri terakhir artikel mengenai List Building.Pada kali ini kita akan membincangkan mengenai cara untuk mempromosi “squeeze page” anda. Ada pelbagai cara sebenarnya untuk mempromosi squeeze page anda. Antara cara-cara tersebut adalah:

Cara Berbayar

i)Menganjurkan Program PPL

PPL adalah singkatan daripada “Pay Per Lead“. Program ini berbentuk affiliate program. Dalam program ini kita akan membayar mereka yang telah mempromosikan squeeze page kita. Katakan kita membayar agen affiliate sebanyak RM0.25 bagi satu lead yang kita dapat, jika 1000 lead bermakna kita perlu membayar affiliate sebanyak RM250.00.Lebih banyak lead yang kita kumpul, lebih tinggi kosnya. Kebanyakan IM yang hendak mengumpul lead dengan cepat menggunakan kaedah PPL dan mereka boleh monetize lead mereka dengan segera. Saya pula tidak mampu hendak menganjurkan PPL, maka saya tidak menggunakan cara ini. Cara ini sesuai kepada mereka yang bersifat aggresif dan berduit. Walaupun kosnya mahal tetapi ganjarannya adalah setimpal kerana ia bersifat viral dan anda boleh menggunakan leads anda dengan kadar yang segera.

ii) Mengiklankan di halaman pihak ketiga

Pihak ketiga di sini bermaksud mengiklankan squeeze page anda pada halaman web orang lain. Antara tempat-tempat yang menjadi tumpuan adalah ruangan forum seperti wangcyber, wanitamelayu dan sebagainya. Jika niche anda adalah internet marketing, forum wangcyber adalah tempat yang paling sesuai.Ini adalah di sebabkan forum ini menjadi tempat persinggahan kepada yang berminat dengan perniagaan internet. Saya juga mempromosikan halaman web saya di forum ini, tetapi hanya menggunakan signature file.

Cara Percuma

i) Aktif di forum

Forum merupakan satu kaedah pemasaran yang wajid di kuasai bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan internet. Dalam setiap forum terdapat satu ruangan signature file dalam profile anda yang boleh di isi dengan pautan ke squeeze page anda. Jika anda membuka thread atau membalas thread orang lain, signature file boleh di lihat oleh orang lain.

ii) Blog

Buat satu blog dan promosikan ebook percuma anda pada sudut tepi bahagian atas blog. Anda boleh lihat contoh pada blog ini. Tetapi anda juga perlu promosikan blog anda.

iii) Komen pada blog orang lain.

Jika anda mempunyai blog, anda boleh meninggalkan pautan blog anda pada ruangan komen blog orang lain. Jika komen yang anda berikan menarik, ini akan menyebabkan pengunjung blog yang anda komen tadi akan melawat blog anda juga. Secara tidak langsung akan mempromosikan squeeze page anda.

iv) Facebook

Ini juga merupakan satu medium promosi yang berkesan, selain itu anda juga boleh membuat laman “facebook fan page“. Dengan laman ini, anda boleh menjemput sesiapa juga yang berminat untuk menjadi peminat anda. Pada laman ini juga anda boleh meletakkan borang opt-in untuk membina list. Di bawah saya sertakan video bagaimana nak setu facebook fan pages.

Di harap perkongsian pengetahuan ini di manfaatkan oleh mereka yang mengunjungi blog ini. Jika ada apa-apa soalan sila hubungi saya menggunakan borang pada blog ini. Serta mulakan usaha untuk membina list anda sekarang juga jangan bertangguh, seperti saya bertangguh untuk membeli autoresponder getresponse semasa ia masih murah sampai la getresponse naik harga baru menyesal.

ikhlas,

SocialTwist Tell-a-Friend

Tagged with:

Filed under: Pemasaran Emailfeatured

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!