Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Nampak gayanya banyak artikel berkaitan dengan autoresponder kali ni.Tapi sebenarnya berbaloi jika anda faham mengenai kebaikan mempunyai autoresponder dan mempunyai senarai pelanggan dan bakal pelanggan sendiri.
Anda bekerja keras supaya pelawat melawat halaman web anda dengan harapan agar mereka membeli produk anda.Anda melakukan pelbagai perkara termasuklah buat blog, artikel, banner dan sebagainya.Anda mendapat pengunjung.Anda gembira? sudah tentu. Tetapi untuk pengetahuan anda, pengunjung tidak akan membeli pada pertama kali mereka melawat halaman web.Mereka akan membuat perbandingan harga maklumat, kredibiliti dan sebagainya. Oleh itu bagaimana untuk membuatkan supaya pelawat berkunjung kembali ke halaman web anda?
Letak Borang opt-in autoresponder pada halaman web anda untuk mendapatkan nama dan email mereka supaya anda boleh melakukan tindakan susulan (follow up) kepada mereka.
Pakar pemasaran mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 7 kali di perlukan untuk memujuk bakal pelanggan sebelum mereka bersedia membeli daripada anda bergantungkan kepada kepada keberkesanan tawaran anda.
Sebab itulah autoresponder di perlukan supaya pengunjung boleh meninggalkan nama dan email untuk anda membuat tindakan susulan (follow up) .
Bagaimana untuk menyuruh mereka meninggalkan nama dan email pada autoresponder anda.
Anda boleh meletakkan headline di atas borang opt-in anda seperti ” Untuk mendapatkan kupon diskaun, sila tinggalkan nama dan email anda”.Anda juga boleh memberikan laoran percuma mengenai bagaimana produk tersebut dapat menolong pembeli.
Kajian kes saya pula, saya menjual produk pelangsingan, maka saya membuat satu laporan percuma mengenai :
“cara melangsingkan badan dengan mengawal pengambilan kalori”
Saya meletakkan borang opt-in pada halaman web, blog, signature file forum dan sebagainya. Hasilnya, setiap hari autoresponder saya di isi dengan bakal pelanggan saya.
Pada autoresponder, saya telah letakkan 8 siri email yang akan di hantar kepada subscriber saya secara berkala. Dalam email tersebut, saya akan memberikan nilai tambah kepada produk yang saya jual, faedah, bagaimana produk tesebut berfungsi untuk melangsingkan badan di sertai testimonial dan sebagainya ia memang berbaloi.Pada masa tertentu pula saya menghantar email mengenai jualan istimewa untuk manjana jualan berulang.
Adakah ia berkesan?
Setiap hari saya mendapat subscriber (pelawat yang telah memberikan nama dan email mereka untuk mendapatkan laporan percuma) dan ada juga di kalangan mereka yang menjadi pelanggan (setelah mereka mengetahui bagaimana produk tersebut dapat membantu mereka).
Oleh itu, anda kehilangan banyak potensi jualan jika anda tidak meletakkan sistem autoresponder pada halaman web, blog, forum, halalaman social dan sebagainya.
Sekian,
![]()
PS: Jika anda tidak mempunyai autoresponder, anda boleh cuba Trafficwave secara percuma selama 30 hari. Klik pada pautan di bawah untuk mendaftar.
