Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini merupakan hari yang letih bagi saya. Ini adalah di sebabkan saya dan isteri sibuk dengan urusan rumah baru yang kami telah beli. Oleh itu, selepas ini kami akan berpindah ke Bandar Tasik Puteri, Rawang. Buat pengetahuan pembaca, selama ini saya dan isteri duduk dirumah mak mertua dan setelah 4 tahun, kini tiba masanya kami berpindah untuk cuba hidup berdikari. Memandangkan saya masih bekerja di Kuala lumpur, saya hanya akan tidur di rumah kami di Rawang pada hujung minggu dan 2 hari sewaktu hari bekerja.

Cukup mengenai saya, kali ini saya akan menulis mengenai asas dalam perniagaan internet iaitu membina senarai email, atau lebih di kenali sebagai List Building.

Kenapa List Building?

Pertama, cuba kita lihat apa yang kita boleh buat dengan senarai email yang kita miliki:

i) Dapat mempromosi produk affiliate dengan mudah.

ii) Leverage senarai email yang anda miliki untuk membuat JV dengan usahawan lain.

iii) Boleh membuat survey dan seterusnya menggunakan idea tersebut untuk membuat produk baru.

iv) Membimbing list anda supaya anda dapat menjadi mentor kepada mereka.

Itu adalah sebahagian lagi kegunaan list yang anda boleh exploitasi.Sebenarnya banyak lagi kegunaan list.Sebagai seorang affiliate, jika anda tidak mempunyai list, anda mungkin mempromosi produk melalui Adwords, artikel, forum dan seumpamanya. Cara ini mungkin menguntungkan tetapi anda tidak boleh mengawalnya.

Anda tidak boleh mengawal Google, jika anda kena “Google Slap“, rangking di enjin pencari turun naik, tetapi jika anda mempunyai list, anda boleh mengawal segalanya.

Jangan sesekali menghantar promosi dan promosi selepas anda mempunyai list.Anda hanya akan memusnahkan list yang anda miliki.Ok, beberapa langkah untuk memulakan langkah membina email.:

a) Buat/beli/dapatkanĀ  laporan ringkas atau report mengenai perniagaan internet atau apa sahaja niche anda.Pastikan anda mempunyai hak untuk mengedarnya secara percuma.

b) Buat satu halaman yang dipanggil squeeze page untuk membolehkan seseorang memuat turun ebook percuma setelah mereka mendaftar (opt-in).

c) Langgan autoresponder jika anda belum memiliknya dan seterusnya setup autoresponder anda dengan email-email yang akan di hantar kepada subscriber anda secara berkala.

d) Promosi dan promosi.

Itulah cara asas yang digunakan oleh usahawan internet untuk membina mailing list mereka. Banyak lagi sebenarnya cara yang digunakan. Tetapi kepada mereka yang ingin membina senarai email, buat cara ini terlebih dahulu.

Pada artikel yang akan datang, saya akan menulis mengenai cara untuk mempromosi squeeze page anda

salam ikhlas,

ps: Jika anda hendak membuat halaman web anda yang pertama dan tidak tahu bagaimana hendak membuat order form, sila layari halaman halaman web berikut: www.borangpesanan.com. saya telah menambah beberapa bonus untuk membantu anda dalam membuat halaman web pertama anda.

SocialTwist Tell-a-FriendList Building: Asas Untuk Mengumpul Senarai Email.

Tagged with:

Filed under: Pemasaran Email

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!