Halaman Web Terbaru Saya.

by admin on February 20, 2011

Jika anda baru mengunjungi blog ini,Anda mungkin mahu subscribe Newsletter Saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar pembaca blog saya hari ini? maaf kerana lama tidak mengemaskini artikel di blog ini. Ini adalah di sebabkan saya sibuk dengan membuat halaman web bagi perniagaan terbaru saya.

Untuk pengetahuan anda, saya lebih tertumpu kepada penjualan produk fizikal dan dengan niche kesihatan. Antara halaman web berkenaan kesihatan adalah www.rahsialangsing.com. Halaman web ini berusia 2 tahun setengah dan kini mempunyai subscriber seramai 700 orang lebih.

Halaman web saya yang terbaru adalah www.jusmanggisonline.com dan di buat menggunakan platform miniaga daripada team flarebiz. Apa yang menyebabkan saya memilih platform mininiaga? ini di sebabkan saya ingin pelawat yang melawat halaman web ini terus membeli di situ dan proses pembayaran adalah secara automatik.

Saya banyak menerima email daripada mereka yang ingin mengetahui car membuat duit melalui internet. Ada yang telah membeli pelbagai panduan tetapi masih gagal untuk menjana pendapatn melalui internet.

Ada antara mereka yang membeli panduan menjadi affiliate kerana mereka membeli panduan tersebut. Ada juga yang membeli panduan menjana pendapatan melalui adsense tetapi hampa kerana mereka tidak mendapat satu klik pun pada iklan adsense mereka.

Sudah berkali-kali saya nyatakan bahawa apa yang perlu anda lakukan adalah fokus kepada satu model perniagaan internet terlebih dahulu. Contohnya, jika anda ingin menjana pendapatan melalui affiliate, apa yang paling penting adalah mempunyai  autoresponder. Membina list adalah salah satu kerja-kerja produktif yang melayakkan anda menjadi super affiliate.

Oleh itu, akhir kata dari saya fokus adalah kunci kepada kejayaan.ikhlas,

SocialTwist Tell-a-Friend

Leave a Comment

Previous post:

Next post: