Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Tajuk di atas bukan biasa-biasa sahaja bunyinya tetapi ada point-point tertentu yang akan saya “highlight”. Semalam, semasa saya baru pulang dari kerja, saya telah di tahan oleh seorang polis traffik kerana memandu di lorong kecemasan sedangkan saya tidak boleh masuk ke lorong pemanduan setelah susur ke luar dari jalan hang tuah ke lebuhraya sungai besi.
Setelah polis traffik tersebut menahan saya, kebetulan pula polis traffik tersebut orang yang baik melihat kepada tutur katanya yang lembut dan tidak berlagak, beliau memberi nasihat kepada saya mengenai pemanduan berhemah, lalu saya memberikan alasan mengenai masalah saya tu. Semasa bercakap-cakap tu saya di beritahu oleh polis traffic tersebut bahawa bermula pada 14/5/2010 semua saman traffic tiada pengurangan, setiap kesalahan akan di kenakan denda RM300 termasuk saman kesalahan meletak kenderaan di bahu jalan. Bagi kesalahan di bahu jalan pula saman yang di kenakan bukan lagi RM30 seperti sebelum ini, semuanya RM300 dan tiada pengurangan.
Setelah beberapa ketika bercakap-cakap, saya meminta kepada polis tersebut supaya di beri peluang kepada saya, lalu beliau bersetuju. Ini mungkin berkat menumpangkan saudara islam dari bangladesh ke masjid untuk bersembahyang jumaat pada tengaharinya.
Oleh itu kepada mereka yang sering memandu, di harap agar berhati-hati agar tidak dikenakan saman kerana tiada lagi saman puluh ringgit, semua kesalahan akan dikenakan RM300 tanpa pengurangan . Kesimpulannya sekarang ni kos untuk keluar rumah menjadi semakin mahal, oleh itu mana-mana urusan yang boleh di lakukan di internet, sila gunakannya.
Alhamdulillah, Streamyx telah berjaya di pasang di rumah saya di Rawang setelah beberapa masalah berjaya di atasi. Oleh itu saya mulakan artikel saya di rumah baru ini dengan satu artikel berkaitan dengan Facebook.
Memang di akui bahawa Facebook banyak kelebihan seperti dapat menghubungkan kenalan lama, untuk itu anda boleh merujuk artikel di blog ini. Tetapi baru-baru ini saya mendapat promosi mengenai “Log-in Facebook Dapat RM100″ melalui akaun facebook saya. Setelah di teliti bukannya seseorang itu mendapat RM100 tetapi kita perlu menyertai satu “MLM” yang dinamakan Infinity Downline di mana yuran pendaftarannya adalah RM100.
Setelah itu, kita perlu mempromosi pula MLM ini untuk mendapat downline dan pendapatan. Maka bukannya kita akan mendapat RM100 bila log-in Facebook. Ini adalah promosi Skim Cepat Kayap sebenarnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat ajakan untuk masuk skim ini, abaikan sahaja.
Setelah di teliti skim pemasarannya ini adalah bertentangan dengan hukum islam dan terbukti ia adalah skim cepat kaya. Untuk mengulas lebih lanjut mengenai isu ini, anda boleh membaca artikel mengenai perkara ini di blog pakar fiqh dan kewangan islam berkaitan hukum program ini kepada pengguna yang beragama islam.
Untuk maklumat lanjut, sila layari blog Ustaz Zaharuddin di:
Apa khabar anda hari ini? saya pula masih sibuk dalam proses perpindahan dari rumah mak mertua ke rumah kami sendiri. Untuk pengetahuan anda semua, saya dan keluarga telah berpindah rumah dari rumah mak mertua saya di Gombak ke kediaman sendiri di Tasik Puteri Rawang.
Di sebabkan itulah blog ini sudah lama tidak di kemaskini. Memandangkan saya baru dalam proses memasukkan talian internet dirumah baru, maka saya tidak dapat berada di talian lebih kurang seminggu lagi. Faham2 ajelah berapa lama masa yang perlu di ambil kalau berurusan dengan syarikat semi gomen ni.Hari ini talian telefon baru di masukkan.
Inipun saya menggunakan khidmat kawan saya yang menjadi agen yang ditauliah oleh TM, cepatlah sikit prosesnya. Kalau pergi sendiri, tak taulah bila berapa lama harus menunggu.DI sebabkan saya telah berpindah kerumah sendiri, saya juga telah menyediakan sebuah bilik untuk saya dan isteri berurus niaga melaui internet.
Seperti yang anda tahu, pendapatan utama saya adalah daripada penjualan produk fizikal iaitu www.rahsialangsing.com, maka selepas ini kami akan menyelaraskan perniagaan kami agar lebih tersusun seperti menyediakan mesin fax, telefon talian tetap dan juga kepada mereka yang tinggal di sekitar Rawang boleh berjumpa dengan kami untuk pertanyaan mengenai produk jika tidak berpuas hati dengan penerangan melalui email.
Oleh itu, maafkan saya jika saya tidak mengemaskini artikel di blog ini dengan kerap. Saya akan kembali menulis apabila urusan pemasangan telefon dan streamyx di rumah saya sudah selesai.