Jika anda baru mengunjungi blog ini,Anda mungkin mahu subscribe Newsletter Saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Sekali lagi saudara Rahman Basri kembali beraksi dengan produk terbaru beliau iaitu Panduan Emel. Sebenarnya saya sudah mendapatkan panduan tersebut dari saudara Rahman Basri. Untuk makluman anda, Rahmana Basri adalah merupakan top affiliate bagi beberapa pelancaran produk sebelum ini. Semuanya di lakukan melalui teknik yang akan di ajar dalam panduan ini.
Dalam panduan email, anda akan mendapat panduan-panduan berikut:
Teknik Copy & Paste pakar Affiliate.
Dalam modul ini, anda akan di ajar bagaimana membuat email follow up yang membunuh tanpa perlu berfikir secara teruk.Hanya copy paste sahaja daripada pakar-pakar. Bagaimana ? semuanya akan terjawab dalam modul ini.
Rahsia Pakar Facebook Mengumpul List
Dalam modul ini, anda akan di ajar bagaimana mengumpul list melalui facebook. Ini bukan melalui iklan di facebook ye . Hanya melalui profile facebook anda.Dalam erti kata lain, facebook anda boleh berfungsi sebagai medium pengiklanan bagi produk anda.
Rahsia Bina Senarai Emel Dengan Pantas.
Dalam modul ini, anda akan di ajar bagaimana membina senarai emel dengan pantas. Rahman Basri bermula pada tahun 2009, tetapi pada tahun ini, beliau mampu menjadi top affiliate bagi beberapa produk. Rahsianya senarai email yang beliau miliki. Sehingga ini beliau memiliki beribu-ribu list dalam beberapa akaun autoresponder.Semuanya diterangkan dalam modul ini.
Rahsia Pemasaran Email
Dalam Panduan ini, saudara Rahman Basri akan menerangkan apakah rahsia yang di gunakan oleh pakar usahawan internet untuk memujuk subscriber supaya membeli produk mereka atau produk yang di syorkan oleh mereka.
Sememangnya banyak produk mengenai pemasaran email yang telah dilancarkan baru-baru ini, tetapi produk dari saudara Rahman Basri adalah lain dari yang lain.
Untuk keterangan lanjut mengenai Rahsia pemasaran emel yang di gunakan oleh saudara Rahman Basri, sila lawati halaman web di bawah:
PS: Jika anda membeli panduan tersebut melalui link saya, saya akan memasang script di mana halaman web anda akan memaparkan offer terbaik apabila pelawat meninggalkan halaman web anda. Contohnya seperti blog ini.Sebelum membeli sila clear cookies pada web browser anda.
Apa khabar anda hari ini? di harap berada dalam keadaan sihat di samping keluarga tersayang.Pemasaran emel adalah salah satu teknik pemasaran yang sering di gunakan oleh usahawan internet baik di Malaysia ataupun antarabangsa. Di sebabkan keberkesanan teknik ini dalam menjana jualan, ramailah usahawan internet yang ingin belajar bagaimana ingin melakukannya.Tetapi dalam masa yang sama mereka melakukan beberapa kesilapan.Di sini, saya akan huraikan perkara yang tidak patut anda lakukan ketika melakukan pemasaran emel.
Kesilapan Pertama : Terlalu Obses Dengan Bilangan Emel Dalam Senarai Emel.
Ini adalah kesilapan biasa bagi seorang newbie. Mereka menganggap pemasaran emel hanya berkesan kalau mempunyai list yang banyak. Sifat ini perlu di buang kerana apa yang penting adalah kadar responsif dalam senarai emel anda.
IM yang bijak akan sentiasa memberi maklumat berguna kepada subscriber mereka di samping menyuruh mereka yang tidak mahu lagi menerima tips untuk unsubscribe. Adalah penting untuk sentiasa menyuruh list unsubscribe jika mereka tidak berminat kerana anda bayar untuk setiap emel yang di daftar pada autoresponder anda. Jangan bazirkan wang untuk golongan ini.
Memiliki senarai emel yang banyak hanya akan merugikan anda jika kebanyakan darinya adalah tidak responsif. Katakan anda mempunyai 20000 emel tetapi setiap kali anda menghantar emel, hanya 20 peratus sahaja yang membuka dan membacanya. Apa yang terjadi pada 16000 emel yang lain.
Kenapa anda perlu membazirkan wang membayar yuran autoresponder untuk menyimpan emel yang tidak berguna di dalam sistem autoresponder anda. Oleh itu, perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah belajar untuk membina list yang responsif sejak dari awal lagi.
Kesilapan Kedua : Tidak Sabar Untuk Promosi Produk Kepada List Yang Baru Masuk.
Baru je daftar, anda sudah lakukan promosi pada emel tersebut. Anda pasti rasa menyampah jika anda masuk ke dalam kedai dan di paksa membeli sesuatu di dalam kedai tersebut. Sama juga dengan perasaan pemilik emel ini.
Dalam pemasaran emel, anda perlu ada tempoh bertenang. Mulakan dengan pengenalan dan beri apa yang subscriber anda mahukan iaitu maklumat yang anda janjikan atau apa sahaja yang anda janjikan. Selepas itu, barulah anda lakukan promosi secara berhemah pada senarai emel anda.
Pandangan pertama adalah penting. Jika anda melakukan promosi pada emel pertama anda kepada pelanggan anda. Emel yang di hantar anda seterusnya, mungkin tidak akan di buka langsung oleh pemilik emel tersebut. Lebih teruk, mereka mungkin akan terus buang emel anda dengan hanya melihat nama anda sahaja.
Kesilapan Ketiga : Spam Dengan Bermacam-Macam Tawaran.
Antara kesilapan paling teruk dalam pemasaran emel adalah melakukan promosi membuta tuli. Anda perlu faham, pemilik emel adalah manusia dan bukannya robot. Manusia mempunyai perasaan. Jika anda melakukan promosi membuta tuli, pemilik emel menganggap anda sebagai spammer. Oleh itu, secara rasminya kreibiliti anda akan tercalar.
Anda perlukan langkah yang konsisten. Tidak mengapa jika anda bermula lewat untuk sesuatu cabaran affiliate, yang penting hubungan anda dengan subscriber anda selamat. Jika tidak, emel yang anda hantar pasti akan di cop spam oleh pemilik emel atau lebih teruk mereka akan terus setkan alamat emel anda sebagai spam.
Mulakan promosi dengan pengenalan produk, kemudian sertakan kehebatan produk tersebut, risiko yang perlu di tanggung dan seterusnya membawa pelanggan untuk melakukan tindakan iaitu membeli.
Kesilapan Keempat : Menghantar Emel Yang Terlalu Panjang.
Siapa suka membaca? Jika anda masih belajar, mungkin. Jika anda sudah mempunyai keluarga dan bekerja, mungkin tidak. Anda silap jika anda ingat pemilik emel akan membaca semua yang anda tulis kerana anda juga tidak pernah lakukan, kenapa orang lain akan lakukan.
Kebanyakan IM bersifat tamak dengan melakukan promosi 3 hingga 4 produk dalam satu emel. Tahukah anda? betapa menyampahnya pemilik emel untuk menerime emel yang panjang dari anda. Cukup sahaja menulis emel yang ringkas dan padat. Ada pakar IM mencadangkan untuk menghantar emel dalam 300 hingga 400 perkataan sahaja dan saya rasa cadangan tersebut mungkin betul.
Kesilapan Kelima : Bersikap Tidak Professional Ketika Menghantar Emel.
Penggunaan perkataan aku dan menganggap subscriber anda sebagai kawan adalah antara kesilapan yang di lakukan oleh IM. Mereka bukan kawan anda tetapi pelanggan anda. Sikap professional banyak di amalkan oleh IM-IM yang ada kredibiliti. Mereka melayan setiap karenah pelanggan dengan professioanal. Begitu juga dengan subscriber mereka.
Gunakan pendekatan personalize sudah cukup untuk mendekatkan diri anda dan subscriber anda. Ramai IM menganggap setiap subscriber adalah manusia biasa dan mereka menghantar emel dengan mengaggap seolah-olah subscriber mereka akan mendengar semua yang mereka katakan.
Mereka silap setiap subscriber di dalam senarai emel mereka bukanlah manusia biasa tetapi adalah pelanggan. Anda perlu melayan pelanggan anda secara professional seolah-olah anda berada di dunia sebenar.
Sebenarnya banyak lagi kesilapan yang sering di lakukan oleh orang yang baru berjinak-jinak dalam pemasaran email.Tetapi cukuplah sekadar lima sahaja buat kali ini. Mahukah anda saya tunjukkan bagaimana untuk melakukan pemasaran email secara berhemah dan betul?. Jika mahu, sila lawati blog ini pada hari selasa kerana ada peristiwa penting untuk mereka yang ingin belajar bagaimana melakukan pemasaran email secara berhemah.
Ikhlas,
PS: Jangan lupa 22/6/2010, ada perstiwa penting untuk mereka yang ingin melakukan pemasaran secara email.
Salah satu alat terbaik yang anda boleh miliki untuk melakukan pemasaran emel adalah autoresponder. Apakah autoresponder? Ia adalah “robot” yang akan menguruskan kempen pemasaran anda sepanjang masa tanpa kegagalan, yang juga bermaksud anda di ibaratkan sebagai jurujual 24-jam untuk mempromosikan kempen pemasaran online anda.
Pernahkah anda lihat surat jualan yang memberitahu anda bahawa mereka akan menjawab pertanyaan anda walaupun pukul 2 pagi? Jangan menganggap bahawa mereka terus berjaga sepanjang masa mengawasi peti surat mereka. Tetapi sebenarnya mereka menggunakan autoresponder yang menghantar respon secara automatik kepada anda, dengan segera. Walaupun respon tersebut tidak menjawab secara terus pertanyaan anda tetapi autoresponder memberikan respon segera.
Mari kita lihat beberapa faedah yang anda dapat dengan autoresponder:-
Ia Membina Mailing List
Inilah salah satu faedah terbaik. Mailing list adalah senarai nama dan email pelawat halaman web anda yang berminat untuk mendaftar dengan newsletter anda atau pembeli anda. Tujuan untuk mempunyai mailing list sendiri adalah untuk menjana pendapatan berulang dari list yang anda anda.
Ia Menghantar Mesej Anda Dengan Segera dan automatik.
Sebaik saja pelawat memasukkan nama dan email mereka, autoresponder akan menghantar mesej anda kepada mereka dengan segera dan secara automatik. Anda boleh tetapkan mesej yang ingin di hantar mengikut waktu yang anda ingini samada 2 hari sekali, 5 hari sekali dan sebagainya.Dengan kata lain, anda sediakan semua mesej yang anda ingin sampaikan kemudian setkan waktu yang ingin di hantar. Kemudian autoresponder akan menghantara mesej anda secara automatik mengikut waktu yang telah anda tetapkan tadi.
Ia Menjalankan Kempen Pemasaran Emel Anda Secara Automatik.
Pakar pemasaran mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 7 kali tindakan susulan (follow up) di perlukan untuk memujuk pelawat menjadi pembeli. Katakan anda ingin menjual produk anda, pelawat telah datang ke halaman web anda dan tertarik dengan produk yang anda ingin jual tetapi masih ragu-ragu untuk membeli. Pelawat tersebut telah meninggalkan nama dan email mereka untuk bersetuju menrima mesej dari anda. Anda siapkan 7 email dan setkan dalam autoresponder untuk menghantar email susulan ini dalam selang sehari.Autoresponder akan menghantar email susulan tadi secara automatik selang sehari sehingga cukup 7 email susulan tadi..Proses ini akan berterusan untuk setiap pelawat yang meninggalkan nama dan email pada halaman web anda. Maka proses memujuk pelawat tadi berjalan secara automatik, tugas anda hanya mempromosikan halaman web anda. Menarik bukan?
Kesimpulan
Di atas adalah kebaikan atau faedah jika anda menggunakan autoresponder dalam perniagaan internet anda. Maknanya anda boleh menjadikan perniagaan anda berjalan secara automatik. Selain itu, autoresponder juga boleh di gunakan untuk menyimpan senarai pelanggan anda, dengan itu anda tidak perlu untuk membuat segala kerja-kerja ini secara manual.
Mempunyai autoresponder dan mailing list adalah kunci kepada pasif income. Jka anda pernah melihat panduan buat duit yang bertajuk ” Bagaimana saya memperolehi pendapatan sebanyak RM12,000 hanya dalam masa 2 hari” sebagai contohnya. Rahsia mereka adalah autoresponder mereka yang tersimpan beribu-ribu nama dan email pelawat yang telah mendaftar di halaman web mereka.
Adakah anda telah mempunyai autoresponder untuk perniagaan anda? Jika belum anda boleh cuba Trafficwave secara percuma selama 30 hari. Anda boleh muat turun laporan percuma mengenai Trafficwave pada pautan di bawah.
Setelah anda membaca laporan percuma tersebut, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh menggunakan autoresponder berbayar tersebut secara percuma.
Sekian
PS: Saya juga menggunakan trafficwave dan saya menggunakan trafficwave versi berbayar secara percuma. Bagaimana? sila muat turun laporan mengenai trafficwave di pautan di atas.