Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Tahun 2011 merupakan tahun yang suram bagi internet marketer yang memasarakan produk atau menjadi affiliate dengan teknik SEO. Ini di sebabkan sejak kebelakangan ini Google sering membuat update ke atas algoritma enjin pencari mereka.
Akhirnya, website yang terdiri daripada golongan sniper site ranking mereka turun secara mendadak. Ini adalah disebabkan Google ingin menjaga periuk nasi mereka dan memberikan keutamaan kepada pengiklan berbayar mereka. Di samping itu juga, mereka ingin menaikkan ranking bagi produk mereka sendiri.
Tetapi bagi pasaran Malaysia, website utama saya setelah membuat beberapa tweaking seperti yang di ceritakan disini , targeted visitor meningkat bagi beberapa kata kunci. Walaupun secara statistiknya pelawat menurun, tetapi yang paling penting adalah golongan pelawat sasaran.
Setelah online selama 3 tahun, bilangan pelawat semakin bertambah ke halaman web saya. Ini membuktikan bahawa perniagaan internet bukannya skim cepat kaya. Ia memerlukan kesabaran, konsistan dan kerja keras untuk mempromosikan website anda dan juga membina link.
Kembali kepada tajuk, produk yang saya jual di halaman web jualan saya adalah produk untuk kurus iaitu tergolong dalam kategori produk penyelesai masalah dan harga produk ini juga tergolong dalam kategori tinggi.Oleh itu, tidak ramai pelawat yang terus membeli pada kunjungan pertama.Di sini perlunya kita ambil nama dan juga email mereka (list bulding).
Seterunya apa yang saya lakukan adalah mengadakan promosi dengan menawarkan harga yang istimewa dan dalam juga saya terhadkan set produk hanya kepada beberapa set. Saya membuat headline mengenai promosi tersebut dan mengemaskini jumlah set yang telah di jual dengan menggunakan text strike through seperti di bawah;
“tawaran terhad! hanya tinggal 10 3 sahaja lagi.Harga akan kembali seperti biasa setelah semua set habis di jual.”
Headline di atas mencipta situasi “urgency” dan membuatkan pelawat baru atau lama akan segera bertindak ke atas promosi tersebut. Hasil daaripada promosi tersebut, saya berjaya menjual 8 set dalam masa 5 hari.Walaupun yang membeli adalah sedikit, tetapi respon yang diterima amat menggalakkan.
Oleh itu, kepada mereka yang ingin melonjakkan jualan produk, cubalah teknik tersebut. Adios!
ikhlas,
![]()
