Bersembahyang Terawih Di sebelah Prof Dr. Haron Din

by admin on September 8, 2009

Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!

islam

Assalammualaikum,

Posting hari ini bukan mengenai internet, tetapi mengenai pengalaman bersembahyang di sebelah ulama. Pada ramadhan tahun ini, saya menunaikan sembahyang terawih di Taman Melewar iaitu dimarkas parti Islam di Malaysia. Saya bukannya nak bercerita pasal parti di sini.

Saya suka bersembahyang di situ kerana di tempat itu, mengadakan tazkirah diantara sembahyang terawih.Manakala penceramah pula adalah di kalangan ulama yang muktabar.Saya juga ingin merebut pahala mendengar tazkirah iaitu 1000 kali sembahyang sunat.

Kebetulan malam semalam adalah giliran Prof Dr. Haron Din, seorang ulama besar di Malaysia. Kebetulan saya bersembahyang di saf yang paling belakang. Dalam rakaat pertama, saya tersentak apabila ada seseorang yang masuk saf di sebelah saya. Apabila memandang dengan ekor mata, saya tengok rupa-rupanya Prof. Dr. Haron din yang masuk saf disebelah saya. Aura orang alim ni begitu kuat. Tak mengantuk dibuatnya sepanjang 11 rakaat sembahyang terawih termasuk witir. Rasa macam sekejap aje, sedangkan hampir sejam saya bersembahyang di sebelah beliau.Manakala tazkirah beliau pada malam itu pula mengenai sebab-sebab Al-Quran di turunkan.

Pengalaman bersembahyang di sebelah alim ulama besar di malaysia mahupun antarabangsa adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Bukannya senag nak bersembahyang di sebelah ulama besar ni. Pada keadaan biasa mustahil saya dapat peluang tersebut. Mungkin rezeki saya pada hari itu. Akhir kata hormatilah serta muliakan orang alim dan dan bukannya orang jahil. Bukankah orang alim itu pewaris nabi?

Akhir kata selamat menempuh ramadhan yang semakin meninggalkan kita, oleh itu mari kita gandakan dan bersungguh-sungguh untuk menunaikan ibadah puasa serta solat terawih kerana pada 10 malam terakhir ini terdapatnya malam Lailatul Qadar iaitu malam yang utama berbanding malam-malam yang lain.

Sekian, salam sukses

SocialTwist Tell-a-Friend

Leave a Comment

Previous post:

Next post: