Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Sewaktu saya menulis artikel i syawal bakal melabuhkan tirainya, oleh itu saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.
Berbalik pada topik, pada 18/9/2011 yang lalu saya menukar surat jualan bagi halaman web www.rahsialangsing.com daripada minisite ke wordpress minisite. Proses penukaran membabitkan pertukaran directory blog wordpress daripada subdomain ke root folder. Mungkin ini agak teknikal, tetapi tidak mengapa, kerana saya tidak membincangkan aspek teknikal di sini.
Untuk pengetahuan anda halaman web jualan ini telah menjadi autopilot iaitu saya tidak perlu bekerja keras untuk mempromosikan halaman web ini lagi kerana ia telah berada pada halaman pertama enjin pencari bagi kata kunci yang saya pilih.
Oleh itu, apa yang paling penting sebelum anda membina halaman web adalah membuat kajian kata kunci atau pun di panggil keyword research. Halaman web jualan saya adalah menjual produk menurunkan berat badan iaitu herbalife. Sebelum ini bagi kata kunci produk herbalife, saya berada pada ranking no lima di Google Malaysia, tetapi apabila saya menukar minisite saya menjadi minisite yang di janakan dengan blog wordpress, seminggu kemudian saya berada pada ranking pertama bagi kata kunci tersebut dan ranking saya dengan lain-lain kata kunci juga merangkak naik.
Tetapi apa yang paling penting adalah kajian kata kunci itu sendiri. Sebelum saya membina halaman web, saya membuat kajian mengenai kata kunci yang di cari oleh pelayar internet. Setelah itu, saya akan membuat halaman web berdasarkan kata kunci tersebut.
Oleh itu, kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan internet ataupun mencari pasaran, silakan bermula dengan blog wordpress dan ubah wordpress tersebut menjadi minisite.
Sebenarnya, saya sedang dalam proses menyiapkan laporan percuma bagaimana membina halaman web yang boleh bergerak secara autopilot pada kemudian hari. Jangan risau, apabila siap kelak saya akan mengedarkannya secara percuma bagi tujuan untuk membina list.
Ikhlas,
![]()

{ 3 comments… read them below or add one }
salam tuan theme untuk rahsia langsing tu free atau bayar, maksud tuan guna WP minisite tu tuan guna WP sales engine ke?
salam nak tanya mcm mana teknik seo yg digunakan utk promote rahsialangsing.com, tuan ada kata buat satu blog lain dan hanya promosikan blog tu, mcm mana boleh bg detail sikit???
tq
Nampak sungguh berpengalaman. Dah berapa lama ceburkan diri dalam bidang ni??