Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda hari ini? di harap agar anda berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya sebenarnya sudah lama tidak update blog ini di sebabkan saya sibuk untuk meneroka cara baru iaitu membuat Niche website dan authority website.
Memandangkan pasaran affiliate di Malaysia ada tutun naiknya, saya ingin meneroka peluang baru iaitu membuat niche website dan authority website. Tetapi kini tumpuan saya adalah niche website. Saya tidak katakan bahawa pasaran Malaysia sudah tepu, tetapi saya masih melakukan promosi untuk produk dalam Malaysia, baik melalui teknik pemasaran email atau Facebook.
Memandangkan saya ingin serius dalam perniagaan online dan ingin berhenti kerja, saya ingin membina asas yang kukuh iaitu pendapatan pasif. Pendapatan pasif bermakna pendapatan yang terhasil tanpa anda perlu berbuat apa-apa. Amboi, hype sungguh ayat tersebut bukan? Maksud saya dengan membina authority niche site. Tetapi ini merupakan salah satu pelan jangka panjang.
Contoh authority site adalah seperti amazon, ebay dan sebagainya yang menjadi kesukaan enjin pencari. Tetapi sebelum itu anda mestilah membina niche website terlebih dahulu. Di bawah adalah langkah demi langkah bagaimana untuk membina niche website:
Langkah 1 – Mencari Niche Yang menguntungkan. Untuk mencari niche yang menguntungkan adalah bergantung kepada individu. Ada individu yang mempunyai minat yang tinggi dengan niche yang menguntungkan. Kalau saya pula, saya akan menetukan niche bergantung kepada kata kunci yang mempunyai carian yang tinggi.
Langkah 2 – Setelah mempunyai kata kunci utama yang mempunyai jumlah carian yang mencukupi, sekurang-kurangnya 5000 exact search, bina niche website anda. Platform yang di gunakan adalah wordpress .org yang menggunakan web hosting sendiri lengkap dengan plug-in dan theme yang sesuai dengan kata kunci.
Langkah 3 – Setelah siap niche website anda, sekarang tiba masanya untuk membina artikel. Ni yang menjadi penghalang bagi setiap orang yang tidak berapa fasih berbahasa inggeris. Memandangkan kepada perubahan algoritma pada enjin pencari Google, artikel yang di tulis mestilah mempunyai kualiti dan mempunyai nilai tambah kepada pelawat.Alternatif kepada masalah ini adalah freelancer atau pun ghostwriter.
Langkah 4 – Membuat back link. Back link adalah proses untuk membina link yang di pautkan dari halaman web yang mempunyai PR yang tinggi menggunakan anchor text kata kunci anda. Sebagai contoh, anda ingin membuat back link melalui artikel. Anda menulis artikel dan di hantar ke direktori artikel, untuk mendapatkan back link taip anchor text pada bahagian resources box atau author box , kemudian pautkan keĀ niche website anda. Kepada yang baru berjinak-jinak dengan pemasaran online, memang pening. Lakukan proses ini secara berterusan. Insya Allah dalam beberapa bulan ranking niche website anda akan naik ke muka surat pertama dalam enjin pencari.
Langkah 5 – Monetization atau cara untuk membuatkan niche website tersebut menghasilkan wang. Kebiasaannya, pemilik akan meletakkan iklan adsense atau pun produk affiliate.
Kesimpulannya di sini adalah niche website merupakan peluang untuk usahawan internet menjana pendapatan secara pasif baik melaluiĀ Adsense, amazon, cj dan sebagainya. Oleh itu, apa yang paling penting di sini adalah membuat artikel yang unik dan backlink untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi dalam enjin pencari bagi kata kunci yang anda ingin optimasikan. Artikel kali ini merupakan penerangan secara am sahaja. Jika anda ingin mengetahui bagaimana setiap satu langkah tersebut di lakukan secara terperinci, nantikan artikel saya yang akan datang. Saya akan membuat satu kajian kes secara ‘live”. Maksudnya, saya akan membuat setiap langkah tersebut dan saya akan kemas kini progresnya di blog ini.
ikhlas,
![]()
