Autoresponder: Servis Berbayar, Servis Percuma Atau Pasang Script Pada Hosting
Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!
assalammualaikum dan salam sejahtera,
Antara ilmu yang perlu dikuasai oleh bakal usahawan internet adalah mengumpul leads (List building). Dulu, saya beranggapan bahawa tidak perlu mengumpul leads kerana kita boleh melakukan pemasaran dengan sendiri. Tetapi setelah melihat mereka yang mempunyai senarai leads yang banyak sentiasa menjadi super affiliate, barulah saya menyedari betapa pentingnya mempunyai list sendiri. Usahawan intenet terutamanya Zulfadli iaitu pemilik pakej kit blogger, sentiasa menekankan betapa pentingnya membina list. Pada masa itu, harga autoresponder GetResponse masih murah lagi. Bila kesedaran untuk membina list muncul, GetResponse telah menaikkan harganya lebih kurang sama dengan Aweber. Apa kebendanya ni? Saya akan terangkan pada perenggan di bawah.
Autoresponder adalah alat yang digunakan untuk membina list.Terdapat pelbagai jenis Autoresponder yang terdapat di pasaran. Apakah perbezaannya? Gambarajah dibawah menunjukkan perbezaan antara Autoresponder berbayar, autoresponder percuma dan script yang di pasang pada hosting.
| Autoresponder berbayar | Autoresponder percuma | Pasang Script Pada hosting Sendiri |
| Harga Lingkungan USD10-USD19.90 Sebulan. | Free | Kos Permulaan Sahaja Untuk pasang script dan sewa hosting. |
| Tiada Iklan | Ada Iklan | Tiada Iklan |
| Kadar penghantaran ke inbox yang tinggi. Lebih kurang 96% bergantung kepada servis Autoresponder. | Kadar penghantaran yang rendah ke Folder Inbox. Kadang-kadang masuk ke spam Folder. | Kadar penghantaran yang tinggi tetapi, apabila list anda semakain banyak. Kadarnya semakin berkurangan. |
| Membuat sistem tracking | Tidak mempunyai sistem tracking. | Tidak mempunyai sistem tracking. |
| Mudah di gunakan, mempunyai tutorial yang disediakan oleh penyedia servis. | Kadang-kadang pening juga nak menggunakannya. | Pengguna mesti mempunyai kemahiran untuk memasang script di hosting. |
| ICAN complience. Kadar kemasukan ke folder inbox yang tnggi. | Kebarangkalian untuk masuk ke folder spam adalah tinggi dan mempunyai banyak iklan pada email yang di hantar kepada list anda. | Kebanyakan email provider menyekat kemasukan email dari IP yang mencurigakan |
Berdasarkan gambarajah di atas ternyata sekali, autoresponder berbayar mempunyai banyak kelebihan berbanding yang percuma dan yang dipasang pada hosting. Jika anda serius untuk membina senarai leads, maka hosting berbayar adalah lebih baik untuk anda. Ada pelbagai penyedia Autoresponder yang digunakan oleh para usahawan internet. Antara yang terbaik adalah Aweber dan Getresponse.Anda boleh melihat fungsi masing masing di halaman web rasmi Aweber dan Getresponse.
Membuat keputusan pada untuk memilih Autoresponder adalah penting kerana, setiap autoresponder mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Anda juga akan kehilangan banyak senarai leads apabila bertukar-tukar autoresponder. Saya mempunyai pengalaman di mana saya kehilangan hamper 60% leads apabila saya import senarai leads dari Autoresponder yang baru.
Sekian dulu buat kali ini, jika ada soalan mengenai autoresponder, boleh memberi komen pada posting ini.
Selamat membina senarai Leads
![]()
Tagged with: Autoresponder • Aweber • Getresponse • list building • Pemasaran Email
Filed under: Pemasaran Email
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!





Saya lihat lebih ramai IM yg berjaya menggunakan Aweber dari Getresponse, adakah ini bermakna Aweber lebih baik dari Getresponse?
Sebelum Getresponse menaikkan harganya seperti sekarang, ramai yang melanggan getresponse kerana harganya lebih murah berbanding Aweber. Tetapi memandangkan sekarang ni harga lebih kurang, lebih baik pakai Aweber, lebih baik fungsinya dari Getresponse.