Autoresponder: 137 Leads Dalam Masa 2 Hari!

by admin on September 9, 2009

Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!

Victory

Assalammualaikum,

Apa khabar anda hari ini? Di harapkan berada dalam keadaan sihat walafiat sepanjang menjalani ibadah puasa. Posting hari ini adalah siri ketiga berkaitan dengan Autoresponder dan Mailing list.

Untuk mengumpul leads, usahawan internet menggunakan berbagai-bagai cara. Ada yang menjalankan Program PPL, meletakkan banner dan sebagainya dengan tujuan untuk mendapatkan nama dan email subscriber.

Saya pula memulakan kempen pertama saya mengumpul mailing list dengan membeli iklan dengan usahawan internet yang melancarkan program PPL mereka. Hasilnya adalah seperti tajuk di atas. Apa yang paling penting adalah menawarkan kepada pelawat ebook percuma.

Untuk mendapatkan ebook percuma tersebut, pengunjung perlu mengisi borang pendaftaran dengan nama dan email mereka. Setelah menekan butang “Hantar”, arahan pengesahan akan di hantar ke email pengunjung. Pengujung perlu mengesahkan email mereka dengan menekan pautan pengesahan. Setelah itu, URL ebook percuma akan di hantar ke email pengunjung tadi. Begitulah asas bagaimana sesebuah sistem autoresponder berfungsi.

Kajian yang dilakukan kepada usahawan internet menunjukkan lebih 50% tidak mempunyai mailing list sendiri. Di Malaysia, mungkin statistik tersebut adalah tinggi. Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang perniagaan internet, lebih baik mulakan dengan mengumpul Leads.

Salam sukses,

SocialTwist Tell-a-Friend

Leave a Comment

Previous post:

Next post: