Author Archive

Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? di harap agar anda berada dalam keadaan sihat di limpahi rahmatNya.

Setiap orang daripada kita mempunyai akaun Gmail bukan, tetapi berapa ramaikah yang tahu bagaimana untuk mengoptimasikan semua fungsi di dalam Google. Contohnya seperti Google alerts, vacation responder, filter dan sebagainya.

Baiklah, hari ini kita akan membicarakan mengenai fungsi Google Alerts yang kita boleh manfaatkan.Google Alerts boleh di manfaatkan untuk:

1) Mencari kupon diskaun.

Usahawan internet menggunakan fungsi ini untuk mencari kupon diskaun untuk nama domain. Penyedia nama domain iaitu Godaddy selalu memberikan kupon diskaun sehingga USD0.99 untuk pendaftaran baru, tetapi kita tidak tahu bila mereka akan memberikan kupon diskaun. Oleh itu kita setkan dalam Google Alerts dengan terma Godaddy coupon. Apabila Godaddy memeberikan kupon tersebut, maklumat tersebut akan di hantarkan ke email kita.

2) Menarik Trafik.

Untuk tujuan ini, saya masih menjalankan kajian kes bagaimana Google Alerts boleh menarik trafik ke blog anda. Nanti saya kongsikan keputusannya.

3) Idea untuk menulis artikel.

Jika anda mempunyai sebuah blog, menulis artikel adalah satu perkara yang menjadi masalah. Tak ada idea dan sebagainya.Anda boleh setkan pada Google alert anda untuk mengenalpasti blog yang sama kata kuncinya dengan blog anda. Katakan untuk keyword make money online, anda boleh setkan blog yang di update setiap hari menggunakan kata kunci tersebut seterusnya diemailkan ke Gmail anda.

Cara-cara untuk setkan Google Alerts.

Klik pada pautan ini: http://www.google.com.my/alerts

g1

Taipkan terma yang anda inginkan. Dalam kes ini, saya mahu mencari kupon untuk Godaddy. Jika ada maklumat terbaru mengenai kupon Godaddy, Google Alerts akan emailkan malumat tersebut ke akaun Gmail kita. Saya banyak kali membeli nama domain dengan kupon USD0.99 walaupun domain tersebut tidak saya guna.

g2

Anda boleh setkan sama ada maklumat tersebut dalam bentuk video,blog atau news. kalau saya saya setkan “everything” untuk mencari kupon.

g3

kita boleh setkan maklumat tersebut di hantar ke Gmail kita, sama ada sehari sekali,seminggu atau bila ia berlaku.

g5

Ini pula adalah jumlah email yang di hantar ke Gmail kita. Terpulang kepada anda, kalau tak kisah Gmail anda dipenuhi Alerts, anda boleh setkan sehingga 50. :)

g6

Akhir sekali kita masukkan alamat gmail dan tekan Create Alert. Selesai!

SocialTwist Tell-a-Friend

mailing-list

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? Di harapkan berada dalam keadaan sihat walafiat. Semasa saya ingin memulakan pemasaran melalui email, saya telah membeli autoresponder. Dengan autoresponder tersebut, saya berjaya mengumpul sebanyak lebih kurang 1000 subscriber dalam pelbagai niche.

Setelah beberapa lama, saya merasakan bahawa autoresponder tersebut tidak memuaskan hati saya. Saya berhasrat untuk memindahkan semua subscriber saya kepada  autoresponder yang lain.

Dalam tempoh pencarian tersebut, saya terjumpa trafficwave, sistem autoresponder yang murah manakala fungsinya juga memenuhi keperluan saya di samping yang membuat saya tertarik adalah sistem affiliate trafficwave yang membayar sehingga level 10.

Setelah itu, saya memindahkan semua leads saya dengan fungsi “import” dalam autoresponder tersebut. Setelah beberapa ketika, leads yang saya dapat subscribe kembali adalah lebih kurang 250 sahaja. Ini bermakna hampir 3/4 subscriber yang saya kumpul dalam tempoh lebih kurang 5 bulan hilang begitu sahaja.

Kini saya terpaksa bermula dari bawah semula dengan mengumpul kembali leads yang lebih segar. Pengajaran yang saya dapat dari peristiwa ini ialah jangan bertukar-tukar sistem autoresponder.

Oleh itu, saya menyarankan kepada mereka yang belum mempunyai autoresponder, memilih betul-betul sistem autoresponder yang ingin di gunakan.

Pilihan saya adalah Trafficwave.net. Trafficwave menawarkan kepada anda sistem autoresponder yang setanding dengan Aweber dan Getresponse dari segi kadar “deliverity”. Di samping fungsi tracking yang terdapat dalam autoresponder tersebut, membolehkan saya membuat split testing kempen mana yang paling berkesan.

Dengan Trafficwave.net, anda juga boleh track kempen banner anda sama ada ia mampu menarik pelawat dengan berkesan atau tidak.

Tetapi yang paling menarik adalah sistem affiliate. Traficwave membayar affiliate mereka sehingga 10 level berbanding dengan autoresponder lain yang membayar sehingga 1 dan 2 level sahaja. Untuk mengetahui trafficwave dengan lebih lanjut, anda boleh layari halaman web di bawah untuk menerima ebook percuma mengenai trafficwave.

www.teknikautoresponder.com

Oleh itu kepada mereka yang menjalankan perniagaan internet, tidak kira sama ada produk fizikal atau digital, wajib mempunyai autoresponder untuk meneruskan kelangsungan perniagaan anda.

Sekian dahulu buat kali ini, sehingga kita berjumpa lagi dalam artikel yang akan datang.

Ikhlas,

PS: setelah hampir 2 bulan menggunakan trafficwave, saya telah mengumpul lebih kurang 100 orang di bawah saya. Saya boleh guna trafficwave secara percuma jika 10% dari jumlah ini menjadi pengguna berbayar.

SocialTwist Tell-a-Friend

Mininiaga Beta : Kajian Kes Saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pada 8 Mei yang lepas, team flarebiz telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu mininiaga dalam versi beta tester. Seramai 25 orang telah terlibat sebagai beta tester untuk produk ini. Saya adalah salah satu beta tester yang terlibat untuk membuat ujian mengenai produk terbaru mereka.

Saya telah membeli nama domain untuk projek ini. Manakala produk pula adalah salah satu produk yang dari rangkaian produk di halaman web produk langsing saya. Setelah nama domain diaktifkan (sistem ini mempunyai lesen), dengan pantas saya membuat surat jualan dengan menggunakan sistem tersebut. Hasilnya, terhasilnya sebuah minisite yang mempunyai sistem CMS yang tersusun. Anda boleh lihat hasilnya di sini.

Untuk pengetahuan anda, sistem ini masih di peringkat beta tester, saya akan umumkan di blog ini. Dalam tempoh itu juga saya akan membuat kajian kes sistem ini ke atas halaman web saya. Adakah ia memberikan kemudahan atau sebaliknya, saya akan membuat satu laporan kajian kes.

Oleh itu, nantikan artikel saya mengenai sistem ini pada masa akan datang.

SocialTwist Tell-a-Friend
 Page 4 of 15  « First  ... « 2  3  4  5  6 » ...  Last »