Author Archive

Log-in Facebook Dapat RM100 Adalah SCAM

Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!

Assalammualakum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, Streamyx telah berjaya di pasang di rumah saya di Rawang setelah beberapa masalah berjaya di atasi. Oleh itu saya mulakan artikel saya di rumah baru ini dengan satu artikel berkaitan dengan Facebook.

Memang di akui bahawa Facebook banyak kelebihan seperti dapat menghubungkan kenalan lama, untuk itu anda boleh merujuk artikel di blog ini. Tetapi baru-baru ini saya mendapat promosi mengenai “Log-in Facebook Dapat RM100″ melalui akaun facebook saya. Setelah di teliti bukannya seseorang itu mendapat RM100 tetapi kita perlu menyertai satu “MLM” yang dinamakan Infinity Downline di mana yuran pendaftarannya adalah RM100.

Setelah itu, kita perlu mempromosi pula MLM ini untuk mendapat downline dan pendapatan. Maka bukannya kita akan mendapat RM100 bila log-in Facebook. Ini adalah promosi Skim Cepat Kayap sebenarnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat ajakan untuk masuk skim ini, abaikan sahaja.

Setelah di teliti skim pemasarannya ini adalah bertentangan dengan hukum islam dan terbukti ia adalah skim cepat kaya. Untuk mengulas lebih lanjut mengenai isu ini, anda boleh membaca artikel mengenai perkara ini di blog pakar fiqh dan kewangan islam berkaitan hukum program ini kepada pengguna yang beragama islam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari blog Ustaz Zaharuddin di:

http://www.zaharuddin.net

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda semua.

ikhlas,


Related Blogs

SocialTwist Tell-a-FriendLog-in Facebook Dapat RM100 Adalah SCAM

Saya Baru Berpindah Rumah

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? saya pula masih sibuk dalam proses perpindahan dari rumah mak mertua ke rumah kami sendiri. Untuk pengetahuan anda semua, saya dan keluarga telah berpindah rumah dari rumah mak mertua saya di Gombak ke kediaman sendiri di Tasik Puteri Rawang.

Di sebabkan itulah blog ini sudah lama tidak di kemaskini. Memandangkan saya baru dalam proses memasukkan talian internet dirumah baru, maka saya tidak dapat berada di talian lebih kurang seminggu lagi. Faham2 ajelah berapa lama masa yang perlu di ambil kalau berurusan dengan syarikat semi gomen ni.Hari ini talian telefon baru di masukkan.

Inipun saya menggunakan khidmat kawan saya yang menjadi agen yang ditauliah oleh TM, cepatlah sikit prosesnya. Kalau pergi sendiri, tak taulah bila berapa lama harus menunggu.DI sebabkan saya telah berpindah kerumah sendiri, saya juga telah menyediakan sebuah bilik untuk saya dan isteri berurus niaga melaui internet.

Seperti yang anda tahu, pendapatan utama saya adalah daripada penjualan produk fizikal iaitu www.rahsialangsing.com, maka selepas ini kami akan menyelaraskan perniagaan kami agar lebih tersusun seperti menyediakan mesin fax, telefon talian tetap dan juga kepada mereka yang tinggal di sekitar Rawang boleh berjumpa dengan kami untuk pertanyaan mengenai produk jika tidak berpuas hati dengan penerangan melalui email.

Oleh itu, maafkan saya jika saya tidak mengemaskini artikel di blog ini dengan kerap. Saya akan kembali menulis apabila urusan pemasangan telefon dan streamyx di rumah saya sudah selesai.

Ikhlas,


Related Blogs

SocialTwist Tell-a-FriendSaya Baru Berpindah Rumah

Panduan Mencari Webhosting: Kisah Saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar pengunjung blog ini? di harap agar menjalani kehidupan dengan penuh ceria kerana ceria dapat mengelakkan penyakit. Dalam proses membina sebuah halaman web, terdapat tiga elemen penting yang terlibat. Elemen tersebut adalah:

i. Nama Domain

ii. Hosting

iii.Template halaman web.

Tanpa ketiga-tiga elemen tersebut, halaman web anda tidak akan berada di internet. Hari ini saya akan bercerita mengenai panduan untuk membeli hosting. Hosting adalah tapak bagi halaman web. Tanpa tapak, halaman web tidak boleh beroperasi. Di internet, terdapat banyak syarikat -syarikat penyedia hosting baik di dalam negara atau luar negara. Yang mana satukah lebih baik? Sewaktu saya membuat website saya yang pertama, saya telah menjalankan kajian di forum wangcyber, bertanya dan membuka thread mengenai hosting yang baik.

Akhirnya saya mendapat 3 syarikat penyedia hosting yang di senarai pendekkan. Saya menghubungi ketiga-tiga penyedia hosting tersebut dan melihat pihak mana yang memeberikan maklum balas dengan segera. Akhirnya syarikat webhosting yang bernama Netkl adalah yang terpantas memberikan maklum balas. Saya teliti pakej mereka, tidak terlalu mahal dengan spesifikasi yang saya ingini. Akhirnya saya memilih Netkl sebagai penyedia hosting saya bagi pasaran Malaysia sehingga lah sekarang. Saya memperolehi sokongan yang pantas dari mereka.Sehingga kini saya tidak mengalami masalah yang besar terhadap perkhidmatan mereka.

Begitu juga, baru-baru ini, saya ingin mencuba pula pasaran antarabangsa, saya keliru untuk memilih webhosting yang mana satu. Oleh itu, saya membuat kajian di forum antarabangsa, pelbagai syarikat penyedia hosting yang disenarai pendekkan. Saya juga menggunakan teknik yang sama, menghubungi khidmat sokongan mereka dan memilih yang terpantas dalam memberikan maklum balas. Akhirnya saya memilih Hostgator kerana ia juga di syorkan oleh ramai usahawan internet antarabangsa

Kesimpulannya, sekarang ini saya mempunyai dua penyedia hosting iaitu Netkl dan Hostgator. Kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan internet dan mencari penyedia hosting, boleh lah mencuba perkhidmatan kedua-dua syarikat ini. Sekian dahulu buat kali ini,kita berjumpa lagi pada artikel yang akan datang


Related Blogs

SocialTwist Tell-a-FriendPanduan Mencari Webhosting: Kisah Saya
 Page 1 of 9  1  2  3  4  5 » ...  Last »