Perkara Yang Buat Saya Menyesal Tidak Buat Dari Awal

Autumn

Salam hormat dan salam sejahtera, Ketika ini, saya tengah berada dirumah bersiap sedia untuk ke tempat kerja sambil di temani suara jeritan baby yang menangis .Ya, ini adalah rutin kepada pasangan suami isteri yang bekerja yang membuat outsourcing kepada orang lain untuk menjaga anak dan ia juga berlaku kepada saya dan isteri. Lebih-lebih lagi ketika ini ekonomi berada dalam keadaan parah di tambah dengan kadar pertukaran wang asing yang menekan Ringgit Malaysia. Sudah agak lama juga saya tidak mengemaskini artikel di blog ini. Ini di sebabkan kesibukan bekerja seharian dan tidak fokus. Saya beranggapan bahawa blog mungkin di pinggirkan di sebabkan facebook, tetapi akhirnya saya dapati bahawa blog masih releven terutamanya untuk mencari audien sendiri. Perkara yang saya menyesal tidak buat daripada awal adalah:

1) Bertangguh

Ini adalah musuh kepada kejayaan, sepatutnya saya terus fokus kepada membina bisnes internet saya, tetapi malangnya saya terus menyibukkan diri untuk mengkayakan orang lain. Akhirnya, orang lain terus meniti kejayaan dan saya hanya mampu melihat kejayaan orang lain. Tetapi dengan keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu ketika ini, kejayaan dalam bisnes internet adalah kemestian dan bukannya hobi. Better late than never.

  2) Tidak Update blog 

Ini adalah artikel saya yang pertama setelah dua tahun. Kelakarkan? saya beranggapan dengan adanya facebook, blog semakin di lupakan, tetapi saya lihat blog-blog mat saleh masih lagi relevan. Oleh itu, saya akan kembali menggunakan blog sebagai medium pemasaran. Saya akan menggunakan facebook untuk menarik pembaca ke blog ini. So, jangan lupa follow blog ini, kerana saya akan menulis mengenai aktiviti-aktiviti pemasaran internet yang saya akan lakukan. Saya kan gunakan blog ini sebagai dokumentasi.

3) Tidak Mengumpul List

The money is in the list, pernah dengar? sememangnya ia adalah benar, tetapi saya tambah, selain list, responsive list adalah yang yang paling penting. So, saya akan mula mengumpul audien saya melalui blog ini, tidak semua orang dalam list kita adalah audience kita, mungkin mereka adalah freebies seekers. So saya akan mula mengumpul audience , dan anda juga mesti bermula. Salah satu panduan yang saya gunakan adalah panduan video inbox cash dari saudara Rahman Basri, di mana saya adalah reseller kepada produk tersebut. Untuk info lanjut sila klik di sini

4) Tidak mengutamakan yang utama

Saya mempunyai pekerjaan sepenuh masa sebagai supervisor di syarikat pembinaan, dan kerjanya sungguh memenatkan, balik dari kerja rasa nak pengsan, dan kerja-kerja untuk kejayaan seperti membina website, membina list dan update blog tertangguh hari demi hari, Dan dengan keadaan ekonomi Negara kita kita sekarang ini, saya tidak yakin pasaran pekerjaan akan sentiasa meningkat, dengan GST banyak perniagaan gulung tikar, perbelanjaan berkurangan, maka pasaran domestic akan mengecut.Sebab itulah saya kan fokus untuk menjadi affiliate di pasaran antarabangsa.Oleh itu, kepada anda yang ingin berjinak-jinak dengan perniagaan internet, di sampng mempunyai pekerjaan sepenuh masa, pandai-pandailah untuk membahagikan masa.

5) Terkena jangkitan Shiny object syndrom

Ini adalah penyakit yang banyak berjangkit kepada setiap orang yang ingin cepat untuk Berjaya, memang jika kita tengok surat jualan produk mereka, memang mereka dapat income usdxxxx dalam masa seminggu tetapi tahukah anda bahawa berapa lamakah tempoh mereka untuk belajar untuk sampai ke tahap tersebut, makan tahun juga. Tetapi saya tidaklah terlalu tegar mengejar produk tersebut, cuma jika penjual tersebut dapat menarik perhatian saya, maka saya pun akan membeli sama ada sebagai sokongan atau ingin mencuba.Terutamanya seller bernama Rahman Basri, sehinggakan saya menjadi reseller 2 produk beliau iaitu kursus video affiliate dan inboxcash.

6) Tidak Fokus

Sekali lagi, fokus…fokus..dan fokus. Ini adalah tip untuk Berjaya, sentiasa konsisten dan fokus dalam melakukan sesuatu perkara. Kelemahan saya adalah membahagikan masa antara kerja seharian dengan kerja-kerja pemasaran internet. Biasanya kerja-kerja internet ini saya buat pada sebelah malam. Tetapi di sebabkan keletihan dan perlu melayan karenah anak-anak, maka fokus kerap terganggu sehingga hilang kosentrasi.

Begitulah serba sedikit kekesalan saya, tetapi selepas ini saya akan focus kepada kejayaan dan saya akan menulis lebih kerap di sini mendokumentasikan segala kerja-kerja pemasaran saya. Sehingga kita berjumpa lagi di artikel akan datang.

Ikhlas,

About The Author

Setria

Saya merupakan seorang internet marketer yang obses dengan keusahawanan. Pakar dalam memasarkan produk fizikal di internet. Berumur 30-an, 2 orang anak, fokus utama saya adalah membuat eksperimen dengan paid advertising dan email marketing.