7 Sebab Kenapa Halaman Web Anda “Mati” Semasa Dilancarkan.

stockmen

Internet telah menjadi salah satu alat yang berkuasa dalam perniagaan untuk menarik dan mengekalkan pelanggan pada masa kini

74% pengguna menggunakan internet untuk mencari peluang perniagaan
92% pengguna internet mengkaji produk dan perniagaan di internet
43%  jualan runcit di jangka di pengaruhi atau dibuat melaui internet pada 2016

Apakah maknanya?

Pemasaran secara tradisional memerlukan anda menarik perhatian pelanggan untuk mendengar tawaran yang kadang-kadang mereka  tidak mahu mendengar tawaran tersebut, tetapi halaman web hanya muncul apabila pengguna mencari produk atau servis berdasarkan kata kunci yang di cari.

Tetapi kenapa kebanyakan halaman web “mati”  sewaktu di lancarkan di internet dan bagaimana untuk memastikan bahawa anda bukanlah salah seorang dari mereka.

Jika anda mengabaikan fakor berikut, halaman web anda pasti akan mati sewaktu dilancarkan.

1)Peraturan 2 saat.

Jika anda memasukkan banyak image, flash atau menggunakan server yang kurang efisien, halaman web anda akan muncul dengan  lambat sewaktu di klik. Ini akan menyebabkan pengunjung akan lari dengan cepat. Oleh itu  pastikan halaman web anda terpapar dengan cepat apabila di klik dan proses ini adalah selama 2 saat.

Selain itu faktor WIIFM (What Its In For Me). Adakah maklumat yang anda berikan itu menarik dan terkini? akan menolong menyelesaikan masalah? akan mengelakkan mereka dari masalah?memberitahu mereka rahsia yang mereka tidak tahu? dan sebagainya.

Jika anda memberikan maklumat yang berkualiti, pasti pengunjung sentiasa akan mengunjungi halaman web anda

2) Tiada List=Tiada duit

Halaman web anda bukan sekadar sebuah halaman web, tetapi ia adalah alat untuk mencari leads untuk perniagaan anda. Kebanyakan pemilik perniagaan tidak menyedari  ini tetapi , 95% dalam perniagaan, senarai pelanggan adalah aset yang paling bernilai sekali.

Pengunjung hanya akan kehalaman web anda dalam tempoh sekejap, tetapi jika anda dapat membuktikan kepada mereka dengan memberikan maklumat percuma yang berguna, anda memperolehi kepercayaan dari mereka. Apabila mereka percaya, mereka akan memberikan nama dan email mereka dan menjadi bakal pelangaan yang berpotensi.

Di sebabkan itulah perlunya penggunaan autoresponder dalam setiap halaman web baik jika anda menjual produk digital, fizikal, servis atau apa sahaja. Saya menggunakan autoresponder dalam setiap halaman web yang saya ada.

3) Tiada follow up

Pakar pemasaran mengatakan bahawa anda perlu membuat tindakan susulan (follow up) sebanyak 5-7 kali sebelum mereka mengambil tindakan dan membeli produk anda.

Tetapi kenyataannya, tindakan susulan adalah yang paling sukar di lakukan dan perkara yang sering diketepikan dalam perniagaan kita. Apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu adalah mendapatkan nama dan email pengunjung halaman web anda. Tetapi bagaimana hendak mendapatkan nama dan email pengunjung anda?

Bagaimana jika saya beritahu yang anda boleh setup kaedah untuk membuat tindakan susulan hanya sekali dan boleh berfungsi secara automatik mengambil nama dan email pengunjung halaman web anda siang dan malam.

Apa yang menarik mengenai internet adalah halaman web anda boleh bertindak secara automatik mengambil nama dan email pengunjung dengan menggunakan sistem yang di panggil autoresponder.

Dengan sistem ini anda boleh menghantar email susulan kepada pengunjung yang meninggalkan nama dan email mereka di halaman web anda. Anda boleh setkan untuk membuat seberapa banyak email susulan dan ianya dilakukan sekali sahaja. Sistem autoresponder anda akan menghantar email secara berkala mengikut hari-hari yang telah ditetapkan.

4) Tidak membuat tracking

Kebanyakan perniagaan membelanjakan banyak wang untuk promosi tetapi tidak mengetahui kaedah pengiklanan yang berkesan kepada mereka.

Dengan menggunakan internet, kita boleh memasang code script pada halaman web untuk membuat tracking mengenai:

(1) Berapa banyak pengunjung halaman web anda.

(2) Kata kunci yang digunakan untuk berkunjung ke halaman web anda.

(3) Tajuk yang mana pengunjung sering lawati.

Itu adalah antara perkara yang anda boleh tracking pada halaman web anda.
Alat yang digunakan untuk membuat tracking pada halaman web anda
kebanyakannya percuma.

5) Tidak di kemaskini

Pernahkah anda melihat halaman web yang tidak dikemaskini selama 4 tahun? pengunjung akan meninggalkan halaman web anda dengan pantas jka halaman web anda berserabut dan tidak sentiasa dikemaskini.

Teknologi internet bergerak dengan pantas, apa yang berkesan pada hari ini tidak akan berkesan lagi pada masa akan datang. Oleh itu, halaman web hendaklah sentiasa di kemaskini setiap masa

6) Tidak dioptimasikan dengan enjin pencari

Halaman web anda hendaklah dioptimasi dengan enjin pencari secara sempurna. Ini adalah perkara pertama yang perlu diambil kira oleh pereka halaman web anda. 50% pengguna internet hanya melihat pada halaman pertama enjin pencari. Oleh itu halaman web anda hendaklah dioptimasi supaya halaman web anda berada pada halaman pertama enjin pencari. Jika halaman web anda tidak berada pada halaman pertama pada enjin pencari, bermakna halaman web anda tidak wujud.

7) Tiada promosi.

Ada orang yang beranggapan bahawa, apabila halaman web mereka di muat naik, kerja mereka sudah selesai dan pengunjung akan nampak halaman web mereka. Ini adalah kesilapan yang sering dilakukan oleh mereka yang baru bermula. Mereka mestilah memastikan halaman web mereka di index oleh enjin pencari.

Oleh itu, mereka mestilah melakukan off-page optimization iaitu mendapatkan backlink dari halaman web yang mempunyai ranking tinggi.Ini boleh dilakukan dengan meletakkan artikel atau pautan halaman web anda pada halaman web tersebut.Anda juga boleh mempromosikan halaman web anda di forum-forum, direktori artikel dan sebagainya.

Oleh itu sebelum membuat halaman web, pastikan anda membuat perancangan terlebih dahulu. Apa yang paling penting adalah membuat kajian kata kunci. ini adalah yang paling penting kerana kata kunci memainkan peranan sangat penting kepada jatuh bangunnya halaman web anda.

Sekian sahaja buat kali ini, semoga kita berjumpa lagi di artikel yang akan datang.

About The Author

Setria

Saya merupakan seorang internet marketer yang obses dengan keusahawanan. Pakar dalam memasarkan produk fizikal di internet. Berumur 30-an, 2 orang anak, fokus utama saya adalah membuat eksperimen dengan paid advertising dan email marketing.