Bagaimana Email Marketing Gandakan Sales Anda 2X Ganda.

post5(1)

Assalammualaikum,

Apa khabar anda semua hari ini? Sebenarnya blog ini sudah beberapa kali di godam, dan kali ini terpaksa buat baru lagi.

Sering kali, para newbies atau yang bukan newbie bertanya sama ada perlu ke tidak autoresponder ni?Kali ini saya akan bawa pembawa kepada perspektif Mail order marketing.

Mail Order marketing sangat popular di negara US sebelum internet diperkenalkan. Salah satu yang berjaya dengan teknik ini adalah syarikat Dell.

Mail order marketing berfungsi dengan mengiklankan produk mereka di surat khabar. Jika sesiapa berminat, mereka boleh menghantarkan sampul surat kosong beserta alamat sendiri.

Selepas itu syarikat akan menghantar katalog beserta borang pesanan kepada sesiapa yang menghantar sampul surat kosong tadi.

Seterusnya pelanggan akan membuat pesanan dan membayar dengan menggunakan wang pos Syarikat Dell berjaya menjual beribu-ribu unit komuter dengan teknik ini.

Begitu juga dengan autoresponder. Ia berfungsi untuk menyimpan nama dan email pelanggan serta bakal pelanggan di dalam pengkalan data mereka.

Cuma, autoresponder memudahkan urusan tersebut serta tidak memakan masa yang banyak untuk menguruskannya berbanding dengan sistem mail order yang banyak menggunakan kertas dan setem.

Idea ini telah di gunakan oleh Aweber untuk menjadi perintis dalam menyediakan servis autoresponder.

Autoresponder menjadi keperluan jika anda serius dalam perniagaan anda. Pernah dengar perkatan para usahawan internet “Your Money is on your list”.

Dulu, saya pun tak mengendahkan kata tersebut. Tetapi setelah lama, baru saya sedar kepentingan mempunyai mailing list sendiri.

Mempunyai mailing list sendiri memberikan anda beberapa kelebihan, antaranya adalah:

  • Dapat mempromosikan produk orang lain dengan menjadi affiliate kepada produk tersebut.Ternyata teknik ini memberikan pendapatan lumayan kepada  affiliate yang mempunyai senarai mailing list yang besar. Kebanyakan “super Affiliate” di Malaysia mempunya senarai mailing list lebih daripada 5, 000 “leads”.
  • Dapat mempromosikan produk sendiri atau menjual produk :resell right” iaitu produk yang mempunyai hak jualan semula.Teknik ini di gunakan oleh ramai usahawan internet baik di Malaysia atau di luar negara.
  • Anda boleh menjual apa sahaja yang berkaitan dengan “niche” anda seperti menjual website, servis dan sebagainya.

Pemilihan Autoresponder juga sangat penting dalam membina mailing list.Sama ada yang free atau berbayar.

Kepada yang mampu, bolehlah terus menggunakan yang berbayar kerana kebanyakan email servis provider akan menyekat laluan email yang mencurigakan. Antara yang terbaik adalah Aweber dan Getresponse kerana kadar untuk sampai kedalam inbox adalah 99%.

Dulu harga bagi khidmat Aweber dan Getresponse adalah lebih kurang USD 19.95, tetapi kini cuba anda lihat berapa harganya?lebih kurang Usd 29 untuk 2500 leads yang pertama. Ini bermakna, ramai usahawan mula menggunakan khidmat Autoresponder, baik usahawan kecil-kecilan sehinggalah syarikat besar.

Di Amerika Syarikat, penggunaan autoresponder adalah perkara wajib bagi syarikat mereka. Kepada mereka yang tidak mampu untuk menggunakan servis ini bolehlah menggunakan servis seperti Norabots, shoutresponse dan directresponders yang berharga dalam lingkungan Usd9.95.

Sekian sahaja buat kali ini, apa yang paling penting adalah bertindak sekarang.

PS: Saya telah kerugian selama 3 tahun dalam membina senarai email. jika saya tidak mensia-siakan 3 tahun tersebut, tak tahulah berapakah senarai Leads yang saya ada sekarang. Oleh itu, jangan tiru macam saya, bertindaklah sekarang.



About The Author

Setria

Saya merupakan seorang internet marketer yang obses dengan keusahawanan. Pakar dalam memasarkan produk fizikal di internet. Berumur 30-an, 2 orang anak, fokus utama saya adalah membuat eksperimen dengan paid advertising dan email marketing.