Archive for January, 2010

Panduan Mencari Webhosting: Kisah Saya

Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!

cpanel

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar pengunjung blog ini? di harap agar menjalani kehidupan dengan penuh ceria kerana ceria dapat mengelakkan penyakit. Dalam proses membina sebuah halaman web, terdapat tiga elemen penting yang terlibat. Elemen tersebut adalah:

i. Nama Domain

ii. Hosting

iii.Template halaman web.

Tanpa ketiga-tiga elemen tersebut, halaman web anda tidak akan berada di internet. Hari ini saya akan bercerita mengenai panduan untuk membeli hosting. Hosting adalah tapak bagi halaman web. Tanpa tapak, halaman web tidak boleh beroperasi. Di internet, terdapat banyak syarikat -syarikat penyedia hosting baik di dalam negara atau luar negara. Yang mana satukah lebih baik? Sewaktu saya membuat website saya yang pertama, saya telah menjalankan kajian di forum wangcyber, bertanya dan membuka thread mengenai hosting yang baik.

Akhirnya saya mendapat 3 syarikat penyedia hosting yang di senarai pendekkan. Saya menghubungi ketiga-tiga penyedia hosting tersebut dan melihat pihak mana yang memeberikan maklum balas dengan segera. Akhirnya syarikat webhosting yang bernama Netkl adalah yang terpantas memberikan maklum balas. Saya teliti pakej mereka, tidak terlalu mahal dengan spesifikasi yang saya ingini. Akhirnya saya memilih Netkl sebagai penyedia hosting saya bagi pasaran Malaysia sehingga lah sekarang. Saya memperolehi sokongan yang pantas dari mereka.Sehingga kini saya tidak mengalami masalah yang besar terhadap perkhidmatan mereka.

Begitu juga, baru-baru ini, saya ingin mencuba pula pasaran antarabangsa, saya keliru untuk memilih webhosting yang mana satu. Oleh itu, saya membuat kajian di forum antarabangsa, pelbagai syarikat penyedia hosting yang disenarai pendekkan. Saya juga menggunakan teknik yang sama, menghubungi khidmat sokongan mereka dan memilih yang terpantas dalam memberikan maklum balas. Akhirnya saya memilih Hostgator kerana ia juga di syorkan oleh ramai usahawan internet antarabangsa

Kesimpulannya, sekarang ini saya mempunyai dua penyedia hosting iaitu Netkl dan Hostgator. Kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan internet dan mencari penyedia hosting, boleh lah mencuba perkhidmatan kedua-dua syarikat ini. Sekian dahulu buat kali ini,kita berjumpa lagi pada artikel yang akan datang

SocialTwist Tell-a-Friend

mailing-list

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? di harap agar anda berada dalam mood yang ceria, di samping dapat menceriakan hati, ia juga merupakan ubat mujarab untuk kesihatan di dalam keadaan situasi kos hidup sekarang yang semakin meninggi, juga suka saya ingatkan di sini sesiapa yang membaca berita, sudah tentu sedia maklum bahawa harga minyak akan di struktur semula pada bulan mei nanti.

Hari ini kita akan berbicara mengenai tindakan susulan atau follow up ke atas list yang telah kita bina. Jika anda hanya membiarkan subscriber yang telah anda kumpul, ini akan menyebabkan subscriber anda telah lupa siapa anda. Begitu juga jika anda terus menghantar email promosi setelah membina list, mereka akan menganggap anda adalah spammer.

Tahukah anda bahawa 70% jualan terhasil setelah melakukan follow up manakala selebihnya adalah melalui kekuatan surat jualan. Ramai antara kita yang belajar mengenai cara-cara untuk membina list tetapi berapa ramai pula yang belajar bagaimana untuk menguruskan list tersebut.

Pakar internet menggunakan senarai list yang mereka miliki untuk leverage subscriber mereka untuk wang. Caranya sama ada sebagai affiliate atau menjual produk mereka sendiri. Kalau anda tanya saya yang mana satu hendak dilakukan? kedua-duanya boleh. sama ada sebagai affiliate atau menjual produk sendiri.

Tetapi, senarai list yang saya miliki adalah dari pelbagai niche, dari niche pelangsingan badan hinggalah ke buat duit di internet. Tetapi bagi niche pelangsingan badan, saya hanya fokus kepada mempromosi produk saya sendiri.

Saya akan educate list saya bagaimana untuk melangsingkan badan dengan menggunakan 7 siri email yang saya telah setkan awal-awal pada autoresponder saya. Apabila pengunjung menjadi subscriber saya, mereka akan menerima 7 email dalam tempoh yang telah saya setkan.

Dalam email 1 hingga 4, saya akan memberi penerangan mengenai bagaimana untuk melangsingkan badan. Daripada asas hinggalah melibatkan kira-kira. Manakala email kelima hingga ke 7, saya akan meletakkan pautan ke halaman web jualan saya.

Setakat ini, teknik tersebut dapat menukar subscriber kepada pembeli seterusnya menjadi ahli.

Sebenarnya, banyak lagi cara-cara untuk leverage list anda kepada wang. Cuma yang penting, kita perlu sentiasa mencuba pelbagai teknik. Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai cara-cara untuk melakukan follow up, sila klik pautan di bawah:

http://www.killerfollowup.com

Sekian dulu buat kali ini, kita berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.

PS: saya berazam untuk selalu menulis artikel di blog ini.

SocialTwist Tell-a-Friend

stat3

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda pengunjung blog ini? hari ini kita berada pada tahun 2010 iaitu tahun yang diwarnai dengan kenaikan harga barang. Dimulai dengan gula dan roti putih, kalau tak percaya sila ke kedai yang terdekat.

Sebelum saya membincangkan perkara di atas, saya ingin bertanya tentang azam tahun baru saudara dan saudari yang mengunjungi blog saya. Apa-apa pun azam saudara/saudari mestilah dimasukkan dengan memcari pendapatan tambahan atau di panggil suppliment income. Kepada mereka yang bergaji besar, tidak apalah. Tetapi bagi golongan marhaen seperti kita.

Azam saya pada tahun ini adalah untuk mengemas kini halaman web saya yang dah bersarang dan juga mencuba teknik baru dalam membina list. Di samping itu juga saya akan lebih aggresif dalam menjalankan perniagaan internet, yang penting halal.

Ok, berbalik kepada tajuk kita hari ini, saya akan membuat kajian kes mengenai halaman web saya yang menjual produk fizikal. Produk yang saya jual adalah dalam niche pelangsingan badan. Sebelum saya membuat keputusan untuk menjual produk ini, isteri saya telah mencuba produk ini terlebih dahulu. Memandangkan beliau juga mengalami masalah berat badan berlebihan setelah melahirkan anak, testimoni adalah dari isteri saya sendiri dan tidak mereka-reka testimoni.

Sebelum itu, saya membuat kajian mengenai masalah tersebut di Malaysia, saya mendapati bahawa masalah berat badan berlebihan adalah salah satu masalah yang utama di Malaysia dan saya rasa ini satu niche yang bagus. Setelah itu saya membuat kajian kata kunci pada halaman di bawah:

https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal

Saya mendapati bahawa kata kunci langsing mempunyai lebih kurang 18,000 carian. Oleh itu, untuk membeli domain, saya perlu menggunakan nama yang lebih spesifik. Maka, terciptalah halaman web rahsialangsing.com.

Setelah itu, saya mempromosikan halaman web tersebut di forum-forum dan meletakkan iklan pada ruangan iklan percuma. Disamping itu juga, saya membuat blog khas untuk halaman web tersebut. Oleh itu, saya tidak perlu bekerja keras untuk mempromosikan halaman web, hanya promosikan blog. Hasilnya pada tahun 2008 sahaja halaman web tersebut mendapat kunjungan seperti di bawah:

stat

Statistik di atas untuk tahun 2008 sahaja di sebabkan saya bermula pada bulan jun 2008.

Pada tahun 2009, saya menulis artikel di blog dengan lebih kerap menggunakan kata kunci rahsia langsing sebagai kata kunci utama. Mempromosikan blog di forum-forum. Selepas itu, saya tidak lagi menulis di artikel dan artikel yang terakhir saya tulis adalah pada bulan julai 2009. Statistik yang saya dapat adalah seperti di bawah:

stat2

stat3

Jika di lihat dari statistik Google analyctic, kebanyakan pengunjung yang saya dapat adalah dari search engine. Analyctics di atas adalah dari 2 disember 2008 hingga 1 january 2009.

Berdasarkan semua statistik di atas, cuba anda bayangkan jika saya dapat conversion rate sebanyak 5% bagi produk yang berharga lingkungan RM300-RM500. Ye memang di akui bahawa harga produk ini agak mahal, tetapi keberkesanannya terbukti.

Oleh itu, berdasarkan kajian kes di atas, perniagaan internet tidak terbatas melalui perniagaan ebook sahaja. Produk fizikal juga dikenal pasti mempunyai potensi yang besar untuk di jual di internet yang penting produk tersebut unik dan harganya berpatutan berbanding yang di jual di kedai-kedai biasa.

Sekian dahulu artikel saya buat kali ini, saya minta maaf jika tulisan saya berbelit-belit atau susah di fahami. Cuma motif yang saya hendak sampaikan adalah mengubah persepsi bahawa perniagaan internet adalah perniagaan skim cepat kaya dan anda boleh kaya dalam sekelip mata sahaja.Tidak benar kerana perniagaan internet adalah seperti perniagaan biasa memerlukan usaha dan mengambil sedikit masa untuk berjaya. Tetapi ada juga yang boleh berjaya dalam sekelip mata, itu bergantung kepada model perniagaan internet yang di jalankan. Tetapi jangan lupa masa yang diperlukan untuk mencari ilmu tersebut.

ikhlas,

SocialTwist Tell-a-Friend