Archive for November, 2009

Jika anda meminati posting di blog ini, Anda mungkin mahu subscribe Newsletter saya. terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini!

penting

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda sekarang? Bagaimana dengan perniagaan internet anda? Sudahkah anda membuat halaman web jualan anda yang pertama, kedua atau berapa sahaja.

Sering kali kita dengar “guru” berkata kita boleh buat duit melalui internet tanpa halaman web.Betulkah? mungkin betul dan mungkin juga tidak. Tetapi bagi saya halaman web adalah yang paling penting sekali. Halaman web adalah umpama “kedai” di alam maya. Tak kiralah kedai itu berfungsi sebagai menjual produk sendir, orang lain atau sebagai tempat untuk meletak iklan.

Baiklah, mungkin sesetengah individu menggunakan web 2.0 sebagai platform, tetapi anda harus ingat bahawa mereka tidak mempunyai hak keatas halaman web tersebut. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa aspek dibawah adalah penting untuk memulakan perniagaan internet:

i)   Produk

ii)  Halaman web

iii) Borang pesanan.

Ada sesetengah individu yang ingin bergiat dalam perniagaan internet membeli pelbagai jenis ebook yang menawarkan peluang untuk buat duit di internet. Mereka menghabiskan hampir ratusan ringgit untuk membeli pelbagai jenis ebook dan panduan. Tetapi malangnya mereka tidak mempunyai walau satu pun halaman web.

Seperti yang saya ceritakan dalam artikel yang lepas mengenai kajian yang saya jalankan mengenai masalah yang di hadapi  untuk memulakan perniagaan internet, saya dapati mereka tidak tahu bagaimana hendak bermula. Oleh itu, cara saya adalah:

1) Cari produk yang “unik” iaitu yang jarang di dapati pada sesebuah tempat tetapi mempunyai pasaran dan permintaan. Contohnya baju batik, amat mahal di kuala lumpur dan kurang pilihan, manakala di Kelantan dan Terengganu amat mudah di perolehi.(Ada juga yang menjual minyak belacak  di internet) Ini juga idea yang bagus, mungkin produk minyak belacak ini mempunyai permintaan tetapi pelanggan malu untuk membeli di pasaran terbuka, oleh itu untuk mengatasi masalah “malu” ini, pelanggan akan membeli melalui internet. Saya pula menjual produk pelangsingan badan yang jarang terdapat di negeri lain, hanya boleh di dapati di 3 buah negeri di Malaysia.

2) Apabila produk yang hendak di jual telah dikenal pasti, bina sebuah halaman web jualan. Kajan menunjukkan bahawa minisite adalah efektif sebagai halaman web jualan.Jika tidak tahu untuk membina halaman web, anda boleh mengunjungi forum WangCyber. Di sana, anda boleh mendapatkan servis untuk membina halaman web anda. Anda boleh mendapatkan servis serendah RM50 untuk sebuah minisite.

3) Beli nama domain dan Hosting untuk halaman web anda. Dengan netkl, anda boleh mendapatkan nama domain dan hosting serendah RM60 untuk setahun.

4) Akhir sekali adalah borang pesanan supaya pembeli dapat membuat pesanan untuk produk yang anda tawarkan. Membuat borang pesanan adalah mudah bagi mereka yang mahir programing, tetapi bagi kita yang tidak tahu kod-kod komputer, ia akan mengambil masa untuk belajar. Oleh itu, jika anda ingin membuat borang pesanan dengan mudah, anda boleh pergi kehalaman web rasmi www.borangpesanan.com untuk keterangan lanjut bagaimana ingin membuat borang pesanan. Setelah semua proses ini selesai muat naik semua fail-fail tersebut ke webhosting anda.Siap!! sebuah halaman web jualan anda yang pertama. Kemudian timbul satu lagi persoalan iaitu aspek promosi.

Saya akan membuat satu artikel bagaimana untuk mempromosi halaman web jualan anda yang pertama pada artkel yang akan datang. Oleh itu, Stay Tune.

Yang Benar,

Ps: Jika anda mempunyai masalah untuk membuat borang pesanan (order Form), sila lawati halaman web berikut:

www.borangpesanan.com

SocialTwist Tell-a-Friend

Perniagaan Internet:Bagaimana Mahu Bermula?

survey

Assalammualaikum,

Apa khabar anda hari ini? Di harapkan berada dalam keadaan sihat walafiat. Gambarajah di atas adalah salah satu screen shoot saya saya perolehi daripada survey atau kajian yang saya buat mengenai masalah yang mereka hadapi untuk memulakan perniagaan internet.

Ini adalah salah satu maklum balas yang saya perolehi, sebenarnya banyak lagi masalah yang mereka hadapi dalam memulakan perniagaan internet. Antara masalah-masalah yang saya kenal pasti daripada kajian tersebut adalah:

1) Tidak tahu bagaimana ingin bermula

2) Tidak tahu produk apa yang ingin di jual

3) Kepercayaan sama ada boleh buat duit melalui internet atau tidak.

4) Tidak tahu membina laman web

5) Yang paling glamour, macam mana hendak buat pemasaran.

Ini adalah masalah lazim yang di hadapi oleh mereka yang ingin memulakan perniagaan internet.Baiklah , saya terangkan satu persatu.

Perniagaan internet adalah seperti perniagaan bukan internet, cuma internet merupakan medium pemasaran sahaja. Oleh itu, jika seseorang itu tidak percaya boleh buat duit melalui internet, mungkin beliau terkeliru mengenai perniagaan internet sebenar. Perniagaan internet bukanlah perniagaan skim-skim cepat kaya yang banyak di iklankan diinternet.Itu adalah SCAM. Perniagaan internet sebenar adalah berlaku proses perdagangan antara penjual dn pembeli manakala medium yang di gunakan adalah internet.Contohnya, salah satu halaman web saya iaitu www.rahsialangsing.com. Halaman web tersebut menjual produk dan bukannya menawarkan skim-skim yang ntah apa-apa.

Bagaimana mahu bermula? sebenarnya di Malaysia, masih banyak ruang yang belum di isi bagi perniagaan internet. Yang semakin bertambah adalah daripada kategori buat duit di internet.Sebelum anda memutuskan produk apa yang anda ingin jual, anda perlu memikirkan kepakaran atau hobi anda. Kadang-kadang kepakaran dan hobi anda boleh di jadikan produk untuk di jual di internet. Kemudian tentukan sama ada anda hendak menjual produk fizikal atau yang berbentuk digital seperti ebook, software dan sebagainya. Contoh kepakaran dan hobi yang boleh di jadikan produk adalah cara-cara menanam pokok bunga, membaiki kereta dan sebagainya.

Setelah menentukan produk yang ingin dijual, anda perlu membina sebuah halaman web. Anda boleh membina sendiri, jika anda mahir. Jika anda ingin menjimatkan masa, anda boleh mengupah designer untuk membuat halaman web untuk anda. Anda boleh cari designer di halaman forum www.WangCyber.com. Di situ ramai designer-designer yang berkebolehan untuk membina halaman web bagi anda.

Setelah itu, tiba masanya untuk membuat promosi. Kaedah pemasaran adalah bidang yang terlalu luas untuk dibincangkan di sini. Oleh itu, saya mulakan dengan promosi dengan meletakkan signature file di forum. Kita akan berbicara lagi mengenai promosi pada artikel yang akan datang.

Ada satu lagi soalan yang biasa juga ditanya. Jika tidak mempunyai produk bagaimana? Ok. jika anda tidak mempunyai produk, anda boleh menjana wang dengan mempromosikan produk orang lain. Ini di kenali sebagai affiliate program.Melalui affiliate program, anda tidak perlu mencipta produk, hanya promosikannya. Anda perlu mencari program affiliate yang mendapat permintaan, contohnya kategori buat duit.Anda perlu mendaftar dengan halaman web yang menawarkan program afiliate. Setelah mendaftar, anda akan diberi satu pautan khas untuk anda promosikan. Jika ada pengunjung membeli melaui pautan anda, anda akan dapat komisyen dari jualan tersebut.begitulah secar ringkasnya program affiliate berfungsi. Bagaiman untuk mempromosikan pautan ini? Sebenarnya cara untuk mempromosi pautan affiliate mempunyai pelbagai cara. Salah satu cara yang popular adalah dengan mailing list. saya juga akan bincangkan kaedah promosi ini pada artikel yang akan datang

SocialTwist Tell-a-Friend